Soalan 1
Apakah punca kerosakan sesuatu majlis?
Jawapan
Kerosakan majlis yang disebabkan oleh tetamu:
- Tidak memberi jawapan kehadiran;
- Menjawab lambat iaitu selepas tarikh akhir menjawab;
- Jawab hadir tetapi tidak hadir;
- Jawab tidak hadir tetapi hadir;
- Jawab hadir dengan isteri atau suami tetapi hadir seorang;
- Jawab tidak hadir dengan isteri atau suami tetapi hadir dengan isteri atau suami;
- Hadir tetapi lewat tiba;
- Hadir membawa ‘extra’;
- Hadir dengan pakaian yang tidak sesuai;
- Hadir tidak membawa kad jemputan sebagaimana dikehendaki;
- Tidak mengikut arahan pegawai lalulintas;
- Tidak mengikut arahan pegawai-pegawai penyambut;
- Telah menjawab hadir seorang tetapi memaklumkan semula hadir berdua selepas tarikh akhir menjawab atau sebaliknya.