Laman Web Rasmi Bahagian Istiadat & Protokol
Jabatan Ketua Menteri

Piagam Pelanggan

  1. Menyelaras Majlis-Majlis Rasmi Kerajaan Dengan Penuh Komitmen Berpandukan Peraturan Dan Amalan Istiadat & Protokol Selaras Dengan Keperluan Semasa.
    • Mengeluarkan kad jemputan kepada 'VIP' bagi Acara Rasmi Tahunan yang telah ditetapkan dalam tempoh 1 hingga 3 hari bekerja.
    • Menyusuli tetamu jemputan yang belum membuat pengesahan kehadiran dan memastikan pengesahan kehadiran diberi sekurang-kurangnya tiga (3) hari sebelum majlis diadakan.
    • Memastikan tetamu jemputan berpakaian sesuai mengikut acara majlis.
    • Memastikan kedudukan tetamu kenamaan mengikut susunan keutamaan dan susun atur meja/kerusi bersesuaian dengan majlis.
    • Memastikan bendera/ logo dikibarkan/ diletakkan mengikut susunan yang betul.
    • Memastikan 'salutation' Pengacara Majlis disebut dengan betul dan mengikut susunan keutamaan tetamu yang hadir.
    • Memberi nasihat berkaitan etika Protokol kepada pihak yang memerlukan.
       
  2. Menyelaras Lawatan Orang-Orang Kenamaan/Tetamu Negeri Dengan Memberi Kemudahan Yang Selesa Sesuai Dengan Taraf Mereka.
    • Mengurus dengan teratur Kunjungan Hormat Tetamu Kenamaan kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah.
    • Mengurus dengan teratur Kunjungan Hormat Tetamu Kenamaan kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah.
    • Menyediakan kenderaan yang sesuai mengikut status atau taraf tetamu Negeri yang berkunjung ke negeri ini.
    • Memastikan program lawatan dan tempat yang dikunjungi diurus dengan baik.
       
  3. Memperlengkapkan Diri Dengan Pengetahuan & Kemahiran Dalam Tugas Istiadat & Protokol Dari Masa Ke Masa.