Laman Web Rasmi Bahagian Istiadat & Protokol
Jabatan Ketua Menteri

Latar Belakang

Pada awal kemerdekaan Sabah dalam Malaysia unit Protokol hanya wujud sebagai sebuah unit kecil berbentuk 'adhoc' kepada setiap bermula adanya perayaan, lawatan Orang Kenamaan dan sebagainya. Unit ini dikendalikan oleh seorang Pegawai Tadbir yang dinamakan sebagai Pegawai Protokol. Pegawai Protokol inilah merupakan ketua kepada unit berkenaan dengan dibantu oleh beberapa orang kakitangan yang terhad di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.

Di akhir tahun 70an unit Protokol dikenali sebagai Bahagian Istiadat & Protokol. Mula berfungsi sebagai satu bahagain di Jabatan Ketua Menteri yang benar-benar wujud menangani hal-hal keprotokolan di Negeri ini. Peranan Bahagian ini terserlah apabila Kerajaan Negeri mula memanjangkan perhubungan akrab dengan para pembesar di dalam dan luar negeri dengan cara mempelawa mereka datang ke negeri ini untuk melabur berbagai perusahaan memajukan negeri ini.

Bahagian Istiadat & Protokol, Jabatan Ketua Menteri bertanggungjawab terus kepada Setiausaha Kerajaan Negeri dalam hal-hal berhubung dengan istiadat dan protokol di negeri ini dan yang berkaitrapat dengan pengendalian Majlis-Majlis Rasmi Kerajaan dan Lawatan-Lawatan Rasmi Kerajaan.