Laman Web Rasmi Bahagian Istiadat & Protokol
Jabatan Ketua Menteri

Jadual Pertama Susunan Keutamaan Negeri Sabah

JADUAL PERTAMA

SUSUNAN KEUTAMAAN NEGERI SABAH
(
Bagi Upacara Rasmi di Peringkat Negeri)

+1. Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri.
+2. Yang Amat Berhormat Ketua Menteri.
3. Yang Amat Berbahagia Pesara-pesara daripada jawatan Yang di-Pertua Negeri.
4. Yang Amat Berbahagia Ahli-ahli Seri Maharaja Mangku Negara [S.M.N.].
5. Yang Amat Berbahagia Ahli-ahli Seri Setia Mahkota [S.S.M.].
6. Yang Berbahagia Orang-orang yang pernah memangku jawatan Yang di- Pertua Negeri dan Balu-balu bekas Yang di-Pertua Negeri.
7. Yang Berhormat Speaker Dewan Undangan Negeri .
8. Yang Berhormat Timbalan-Timbalan Ketua Menteri.
9. Yang Berhormat Menteri-Menteri Persekutuan.
10.Yang Berhormat Menteri-Menteri Negeri.
11. Yang Berbahagia Mantan Ketua Menteri Sabah.
12. Hakim Besar Borneo.
13. Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah.

14. Yang Berbahagia Setiausaha Persekutuan Sabah.
15. Yang Berbahagia Panglima Pemerintah Timur Wilayah Sabah/Sarawak.
16. Yang Berbahagia Panglima ARMADA Timur.

17. Yang Berbahagia Pesuruhjaya Polis Sabah.
18. Yang Berbahagia Panglima Markas Task Force 450.
19. Yang Berhormat Timbalan-Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri
20. Yang Berhormat Pembantu-Pembantu Menteri. 
21. Yang Arif Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi.
22. Yang Berbahagia Ahli-ahli Panglima Mangku Negara [P.M.N.].
23. Yang Berbahagia Ahli-ahli Panglima Setia Mahkota [P.S.M.].
24. Yang Berbahagia Ahli-ahli Seri Panglima Darjah Kinabalu [S.P.D.K.].
*kehormat - 25 a. Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Negara (Senator).
*Kehormat - 25 b. Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Rakyat (Parlimen).
26. Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri.
27. Yang Berbahagia Ahli-Ahli Panglima Gemilang Darjah Kinabalu [P.G.D.K.].
28. Yang Berbahagia Konsul Jenderal Republik Indonesia bagi Sabah dan Sarawak.
29. Yang Berbahagia Pengerusi-Pengerusi Suruhanjaya yang ditubuhkan di bawah Perlembagaan Negeri.
30. Yang Berbahagia Peguam Besar Negeri.
31. Yang Berbahagia Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Negeri.
32. Yang Berbahagia Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri.
33. Yang Berbahagia Mayor Bandaraya

34. Yang Berbahagia Pengerusi-pengerusi Badan Berkanun Negeri.

35. Sahibus Samahah Mufti Negeri.
36. Yang Berbahagia Konsul-konsul, Konsul-konsul Kehormat dan Wakil-wakil Kehormat Kerajaan Asing yang bertauliah.
37. Setiausaha-setiausaha Tetap Kementerian.
38. Presiden-presiden Majlis Perbandaran.
39. Pegawai-pegawai Tingkatan Tertinggi ’G’ ke atas, Pegawai-pegawai Jabatan Persekutuan, Pegawai-pegawai Tentera dan Polis, Ketua-ketua Eksekutif, Pengurus-pengurus Besar dan Pegawai-pegawai Badan Berkanun Negeri dan Persekutuan yang setaraf dengannya.
40. Setiausaha-setiausaha Politik Kementerian.
41. Bishop dan Ketua-ketua Badan Agama.
42. Ahli-ahli Jaksa Pendamai [J.P.].
43. Ahli-ahli Setia Darjah Kinabalu [A.S.D.K.].
44. Ahli-ahli Suruhanjaya yang ditubuhkan di bawah Perlembagaan Negeri.
45. Pegawai-pegawai Tingkatan Biasa dan Kumpulan ’A’, Pegawai-pegawai Jabatan Persekutuan, Pegawai-pegawai Tentera dan Polis, Pegawai-pegawai Badan Berkanun Negeri dan Persekutuan yang setaraf dengannya.
46. Ahli-ahli Darjah Kinabalu [A.D.K.].
47. Ahli-ahli Bintang Setia Kinabalu [B.S.K.].
48. Ahli-ahli Bintang Kinabalu [B.K.].