Laman Web Rasmi Bahagian Istiadat & Protokol
Jabatan Ketua Menteri

Jadual Ketiga Susunan Keutamaan Negeri Sabah

SUSUNAN KEUTAMAAN NEGERI SABAH
(Bagi upacara rasmi di Peringkat Daerah)

+1. Yang di-Pertua Negeri.
+2. Ketua Menteri.
+3. Presiden-Presiden Majlis Perbandaran.
* Kehormat 3a - Pegawai-Pegawai Daerah
* Kehormat 3b - Pengerusi-Pengerusi Majlis Bandaran.
* Kehormat 3c - Pengerusi-Pengerusi Majlis Daerah.
4. Ahli-ahli Seri Maharaja Mangku Negara [S.M.N.].
5. Ahli-ahli Seri Setia Mahkota [S.S.M.].
6. Menteri-Menteri.
7. Pembantu-Pembantu Menteri.
* Kehormat 7a - Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi.
8. Ahli-ahli Panglima Mangku Negara [P.M.N.].
9. Ahli-ahli Panglima Setia Mahkota [P.S.M.].
10. Ahli-ahli Seri Panglima Darjah Kinabalu [S.P.D.K.]
11. Ahli-ahli Panglima Gemilang Darjah Kinabalu [P.G.D.K.].
* Kehormat 11a - Ahli-ahli Dewan Negara.
* Kehormat 11b - Ahli-ahli Dewan Rakyat.
12. Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri.
* Kehormat 12a - Konsol-Konsul Muda Kerajaan Asing yang bertauliah.
13. Pegawai-pegawai Tingkatan Tertinggi ’G’ ke atas, Pegawai-pegawai Jabatan Persekutuan, Pegawai-pegawai Tentera dan Polis, Ketua-ketua Eksekutif, Pengurus-pengurus Besar dan Pegawai-pegawai Badan Berkanun Negeri dan Persekutuan yang setaraf dengannya.
14. Setiausaha-Setiausaha Politik Kementerian.
15. Majistret-Majistret Daerah.
16. Ahli-ahli Jaksa Pendamai [J.P.].
17. Ahli-ahli Setia Darjah Kinabalu [A.S.D.K.].
18. Ahli-ahli Suruhanjaya yang ditubuhkan di bawah Perlembagaan Negeri.
19. Ketua-Ketua Polis Bahagian.
* Kehormat 19a - Ketua-Ketua Polis Daerah.
20. Pegawai-Pegawai Memerintah Angkatan Tentera.
21. Kadhi-Kadhi Besar.
* Kehormat 21a - Kadhi-Kadhi Bahagian.
22. Pegawai-pegawai Tingkatan Biasa dan Kumpulan ’A’, Pegawai-pegawai Jabatan Persekutuan, Pegawai-pegawai Tentera dan Polis, Pegawai-pegawai Badan Berkanun Negeri dan Persekutuan yang setaraf dengannya.
23. Ahli-ahli Majlis Perbandaran.
* Kehormat 23a - Ahli-ahli Majlis Bandaran.
* Kehormat 23b - Ahli-ahli Majlis Daerah.
24. Ketua-ketua Badan Agama.
25. Ketua-Ketua Daerah.
26. Penolong-Penolong Pegawai Daerah.
27. Pemimpin-Pemimpin Kemajuan Rakyat [P.K.R.].
28. Pegawai-Pegawai Kemajuan Masyarakat [P.K.M.].
29. Ketua-Ketua Anak Negeri [K.A.N.].
* Kehormat 29a - Imam-Iman Daerah.
* Kehormat 29b - Penghulu-Penghulu.
30. Kapitan-Kapitan Cina [K.C.].
31. Ahli-ahli Darjah Kinabalu [A.D.K.].
32. Ahli-ahli Bintang Setia Kinabalu [B.S.K.].
33. Ahli-ahli Bintang Kinabalu [B.K.].
34. Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung [J.K.K.K.].
35. Ketua-Ketua Kampung [K.K.].