Laman Web Rasmi Bahagian Istiadat & Protokol
Jabatan Ketua Menteri

Jadual Keempat (Catatan)

JADUAL KEEMPAT (CATATAN)
SUSUNAN KEUTAMAAN NEGERI SABAH

  1. Yang di-Pertua Negeri Sabah mengambil keutamaan selepas Raja Permaisuri Agong bagi semua upacara rasmi di peringkat kebangsaan yang diadakan di Negeri Sabah [sila lihat Jadual Kedua], menurut Artikel 70 [1] Perlembagaan Persekutuan.
     
  2. Bekas-bekas Yang di-Pertua Negeri dan bekas-bekas Ketua Menteri mengambil kutamaan antara mereka masing-masing mengikut terikh mereka dilantik ke jawatan masing-masing.
     
  3. Orang-orang yang dikurniakan bintang-bintang kebesaran Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Persekutuan mengambil keutamaan dalam tingkatan mereka masing-masing mengikut tarikh pengurniaan. Kurniaan-kurniaan yang membawa gelaran ”Tun” dan ”Tan Sri” mengambil keutamaan gelaran-gelaran yang lain. Walau bagaimanapun, Ahli-ahli Kehormat mengambil keutamaan selepas ahli-ahli penuh sementara ahli-ahli darjah kebesaran negeri-negeri lain pula mengambil keutamaan selepas ahli-ahli darjah kebesaran Negeri Sabah.
     
  4. Orang-orang yang pernah memangku jawatan Yang di-Pertua Negeri mengambil keutamaan antara mereka masing-masing menurut tarikh mereka mula-mula memangku. Sementara balu-balu bekas Yang di-Pertua Negeri mengambil keutamaan antara mereka masing-masing mengikut tarikh bekas suami mereka dilantik.
     
  5. Timbalan-Timbalan Ketua Menteri dan Menteri-menteri Negeri mengambil kutamaan antara mereka masing-masing mengikut tarikh perlantikan mereka ataupu seperti yang ditetapkan oleh Ketua Menteri.
     
  6. Ahli-ahli Kumpulan Diplomatik mengambil keutamaan antara mereka mengikut tingkatan mereka masing-masing menurut kelaziman diplomatik.
     
  7. Pembantu-Pembantu Menteri dan Setiausaha-setiausaha Politik Kementerian mengambil keutamaan diantara mereka sendiri mengikut keutamaan Menteri-Menteri mereka.
     
  8. Pengerusi-penge dan Ahli-ahli Suruhanjaya yang ditubuhkan di bawsah Perlembagaan Negeri dan Pengerusi-pengerusi Badan- Berkanun yang dilantik di bawah Enakmen Negeri mengambil keutamaan antara mereka masing-masing mengikut tarikh mereka dilantik ke jawatan tersebut.
     
  9. Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri mengambil keutamaan antara mereka sendiri mengikut susunan yang diuntukkan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah. Sementara Ahliahli Dewan Negara dan Dewan Rakyat mengambil keutamaan antara mereka sendiri mengikut susunan yang telah diuntukkan oleh Yang di-Pertuan Agong.
     
  10. Setiausaha-setiausaha Tetap Kementerian dan Presiden-presiden Majlis Perbandaran mangambil keutamaan antara mereka masing-masing mengikut terikh perlantikan mereka ke jawatan tersebut.
     
  11. Hakim-hakim Mahkamah Tinggi mengambil keutamaan diantara mereka mengikut tarikh perlantikan mereka. Pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam, Pegawai-pegawai Tentera dan Polis; dan Pegawsai-pegawai Ban Berkanun mengambil keutamaan mereka masing-masing mengikut tarikh mereka dilantik dalam tingkatan masing-masing dengan syarat penyandang jawsatan Pemangku mengambil keutamaan selepas semua penyandang jawatan hakiki yang sama peringkatnya.
     
  12. Seorang yang berhak kepada lebih daripada satu tempat dalam Jadual ini mengambil keutamaan mengikut tempat yang tertinggi.
     
  13. Tertakluk kepada catatan 12, isteri-isteri mengambil keutamaan sama seperti suami-suami mereka dan suami-suami mereka pula mengambil keutamaan sama seperti isteri-isteri mereka.
     
  14. Orang-orang yang tidak tersenarai dalam Jadual Pertama, Kedua dan Ketiga akan mengambil keutamaan mengikut kelaziman biasa, tertakluk kepada apa-apa panduan khas yang diberi oleh Jabatan Ketua Menteri dari masa ke masa.
     
  15. Semua jemputan untuk kategori yang bertanda [+] hendaklah dibuat melalui surat jemputan rasmi dan jemputan melalui kad jemputan biasa adalah dilarang.
     
  16. Semua kategori yang bertanda [*] dan dif-dif negeri-negeri lain adalah diletakkan sebagai Senarai Kehormat.
     
  17. Sekiranya timbul apa-apa keraguan tentang pemakaian Susunan tersebut dalam Jadual Pertama, Kedua dan Ketiga, rujukan hendaklah dibuat kepada Pengarah Istiadat dan Protokol, Jabatan Ketua Menteri.