Laman Web Rasmi Bahagian Istiadat & Protokol
Jabatan Ketua Menteri

Jadual Kedua Susunan Keutamaan Negeri Sabah

SUSUNAN KEUTAMAAN NEGERI SABAH 
(Bagi Upacara Rasmi di Peringkat Kebangsaan)

+1. Yang di-Pertuan Agong.
+2. Raja Permaisuri Agong.
+3. Yang di-Pertua Negeri Sabah.
+4. Raja-Raja dan Permaisuri-Permaisuri Raja.
+5. Yang di-Pertua Negeri -Yang di-Pertua Negeri.
+6. Perdana Menteri.
* Kehormat +6a - Bakal-bakal Raja, Tengku Mahkota/Raja Muda.
+7. Timbalan Perdana Menteri.
+8. Ketua Menteri Sabah.
* Kehormat +8a - Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri.
9. Pesara-pesara daripada jawatan Yang di-Pertua Negeri Sabah.
10. Ahli-ahli Seri Maharaja Mangku Negaa [S.M.N.].
11. Ahli-Ahli Seri Setia Mahkota [S.S.M.]
12. Orang-orang yang pernah memangku jawatan Yang di-Pertua Negeri dan Balu-balu bekas Yang di-Pertua Negeri Sabah.
+13. Ketua Hakim Negara.
+14. Yang Dipertua Dewan Negara.
+15. Yang Dipertua Dewan Rakyat.
+16. Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah.
* Kehormat 16a - Speaker Dewan Undangan Negeri.
17. Timbalan-Timbalan Ketua Menteri Sabah.
18. Menteri-Menteri Persekutuan.
19. Menteri-Menteri Negeri Sabah.
* Kehormat 19a - Menteri-Menteri Negeri Sarawak.
* Kehormat 19b - Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
20. Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Tinggi, Duta-Duta Besar, Menteri-Menteri yang Mutlak, Pemangku Pesuruhjaya Tinggi dan Kuasa-Kuasa.
21. Hakim-hakim Besar.
22. Ketua Setiausaha Negara.
23. Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah.
* Kehormat 23a - Setiausaha-Setiausaha Kerajaan Negeri.
* Kehormat 23b - Hakim-hakim Mahkamah Agong.
* Kehormat 23c - Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.
24. Timbalan-timbalan Menteri Persekutuan.
25. Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah.
26. Pembantu-pembantu Menteri Negeri Sabah.
* Kehormat 26a - Menteri-Menteri Muda Negeri Sarawak.
* Kehormat 26b - Setiausaha-setiausaha Parlimen.
27. Peguam Negara.
28. Ketua Turus Angkatan Tentera.
29. Ketua Polis Negara.
30. Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan.
31. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.
* Kehormat 31a - Penasihat Khas kepada Perdana Menteri.
* Kehormat 31b - Pegawai Turus II dan III.
32. Hakim-hakim Mahkamah Tinggi.
* Kehormat 32a - Gabenor Bank Negara Malaysia.
* Kehormat 32b - Penyimpan Mohor Ber Raja-Raja.
* Kehormat 32c - Datuk Paduka Maharaja Lela.
33. Ahli-ahli Panglima Mangku Negara [P.M.N.].
34. Ahli-ahli Panglima Setia Mahkota [P.S.M.].
* Kehormat 34a - Bekas-Bekas Ketua Menteri Sabah.
35. Ahli-ahli Seri Panglima Darjah Kinabalu [S.P.D.K.].
36. Ahli-ahli Dewan Negara.
37. Ahli-ahi Dewan Rakyat.
38. Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Sabah.
* Kehormat 38a - Ahli-ahli Dewaqn Undangan Negeri.
39. Ahli-ahli Panglima Gemilang Darjah Kinabalu [P.G.D.K.].
* Kehormat 39a - Professor-professor Di Raja.
* Kehormat 39b - Ahli-ahli Panglima Setia Di Raja.
* Kehormat 39c - Orang-orang yang menerima Darjah Kebesaran Negeri yang membawa gelaran Datuk atau Dato’
40. Konsul Jenderal Republik Indonesia bagi Sabah dan Sarawak.
41. Pengerusi-pengerusi Suruhanjaya yang ditubuhkan di bawah Perlembagaan Negeri Sabah.
* Kehormat 41a - Setiausaha Persekutuan Sabah.
42. Peguam Besar Negeri.
43. Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Sabah.
44. Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah.
45. Pengerusi-Pengerusi Badan Berkanun Negeri Sabah.
46. Panglima Pemerintah Timur Wilayah Sabah/Sarawak.
47. Pesuruhjaya Polis Sabah.
48. Panglima Markas Task Force 450.
49. Mufti Negeri Sabah.
50. Konsul-konsul, Konsul-Konsul Kehormat dan Wakil-wakil Kehormat Kerajaan Asing yang bertauliah.
51. Pegawai-Pegawai Tingkatan Tertinggi ”A” dan ”B’ dan Pegawai-pegawai
Tentera dan Polis yang setaraf dengannya.
52. Ketua – Ketua Setiausaha Kementerian.
* Kehormat 52a - Wakil Tempatan Bangsa-Bangsa Bersatu.
53. Presiden-Presiden Majlis Perbandaran.
54. Pegawai-pegawai Tingkatan Tertinggi ’G’ ke atas, Pegawai-pegawai Jabatan Perselkutuan, Pegawai-pegawai Polis dan Tentera, Ketua-ketua Eksekutif, Pengurus-pengurus Besar dan Pegawai-pegawai Badan Berkanun Negeri dan Persekutuan yang setaraf dengannya.
55. Setiausaha-Setiausaha Politik Kementerian.
* Kehormat 55a - Setiausaha-Setiausaha Politik
56. Bishop dan Ketua-ketua Agama.
57. Ahli-ahli Jaksa Pendamai [J.P.].
58. Ahli-ahli Setia Darjah Kinabalu [A.S.D.K.].
59. Ahli-ahli Suruhanjaya yang ditubuhkan di bawah Perlembagaan Negeri Sabah.
60. Pegawai-pegawai Tingkatan Biasa dan Kumpulan ’A’, Pegawai-pegawai Jabatan Persekutuan, Pegawai-pegawai Tentera dan Polis, Pegawai-pegawai Badan Berkanun Negeri dan Persekutuan yang setaraf dengannya.
61. Ahli-ahli Darjah Kinabalu [A.D.K.].
62. Ahli-ahli Bintang Setia Kinabalu [B.S.K.].
63. Ahli-ahli Bintang Kinabalu [B.K.]