Laman Web Rasmi Bahagian Istiadat & Protokol
Jabatan Ketua Menteri

Bilik VIP

'VIP ROOM' (Bilik Orang-Orang Kenamaan)
Di Lapangan Terbang Antarabangsa K.K.

DEWAN KINABALU

Kelayakan

  1. Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja dan Sultan-sultan serta Permaisuri atau Raja Perempuan atau Tengku Ampuan.
  2. Yang Teramat Mulia Raja-Raja Muda atau Tengku Mahkota serta Raja Puan Muda.
  3. Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri dan Toh Puan.
  4. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan isteri.
  5. Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan isteri.
  6. Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dan Menteri Besar serta isteri.
  7. Yang Di-Pertua Dewan Negara dan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat serta isteri.
  8. Speaker Dewan Undangan Negeri serta isteri.
  9. Yang Berhormat Timbalan-Timbalan Ketua Menteri serta isteri.
  10. Peguam Negara.
  11. Ketua Hakim Negara
  12. Ketua Setiausaha Negara.
  13. Panglima Angkatan Tentera.
  14. Ketua Polis Negara.
  15. Permohonan-permohonan yang diluluskan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN).

Nota: Lain-lain permohonan untuk Premier Lane hendaklah diajukan kepada Malaysia Airports Berhad (MAB).