Previous    Back to Artists' Profile  Next




Datuk Hj. Murshidi Nambi, JP
 
Nama : Datuk Hj. Murshidi Nambi, JP
Tarikh / Tempat Lahir : 12.12.1925 / Sandakan, Sabah
Alamat : Bangunan USIA,
Sembulan,
Kota Kinabalu
Telefon : 088-238124
Pendidikan :
  • S.R. Kucing, Sarawak
  • Maktab Perguruan Sultan Idris Training College, Tg Malim, Perak
  • Sarawak Malay Training college, Kuching , Sarawak
Kelulusan : Diploma Pendidikan Pertama
Pengkhususan : Ilmu Perguruan, Pertukangan Tangan, Seni Khat, Seni Lukis, Cat minyak dan Sketsa
Anugerah : PGDK, ASDK, ADK, MBE, JP
Tokoh Guru Peringkat Negeri Sabah
Tokoh Budaya/Sastera Peringkat Negeri Sabah
Pengakap Malaysia :
  • Semangat Rimba (Kedua)
  • Semangat Pada (Pertama)
Aktiviti : Bidang Kebajikan “Juvana”, Dakwah Islamiah dan Pergerakan Pengakap
Pameran :
1984
  • Pameran Lukisan sempena Perasmian Muzium Sabah
1986
  • Pameran Lukisan Pelukis-pelukis Veteran Sabah
1987
  • Pameran Senit Khat
  • Pameran Sketsa Lukisan & Catan Haiwan
1988
  • Pameran Undangan
1990
  • Pameran Kaligrafi
1991
  • Pameran Karya Undangan Tahunan
  • Pameran Cat Air
1992
  • Pameran Karya Undangan Tahunan
1994
  • Pameran karya undangan Tahunan, BSLS


Seorang pelukis veteran Sabah yang telah berkecimpung dalam bidang seni lukis sejak beliau masih menuntut di Maktab Pergurusan lagi iaitu dalam tahun empat puluhan. Kebanyakkan dari karya-karya beliau telah digunakan sebagai alat-alat mengajar atau hiasan untuk bilik-bilik darjah, kuliah, pejabat pentas dan sebagai hiasan untuk poster-poster, buku-buku, majalah-majalah dan sebagainya. Jenis pewarna yang beliau banyak gunakan pada mula-mula ialah kapur warna, warna debu dan cat enamel dan cat air. Kini bagi lukisan-lukisan dalam ukuran yang besar beliau gunakan cat emulsion. Sayangnya hampir keseluruhan dari karya-karya awal beliau telah dibiarkan hilang begitu saja mungkin akibat dari sifat ketiadaan penghargaan terhadap khazanah seni dikalangan masyarakat terutama sekali dalam masa sebelum Balai Seni Lukis Sabah wujud.

Seperti penglibatannya dalam bidang-bidang yang lain Datuk Hj. Murshidi tidak menunjukkan pengkhususnnya terhadap sesuatu tema atau perkara tertentu. Beliau dapat melukis apa juga imajan yang diperlukan dari alam benda sehinggalah ke lanskap tetapi hampir semuanya dilukis dari ingatan dan khayalan.

Corak dan pendekatan melukis secara konseptual ini membolehkan pelukisnya lebih produktif tetapi dengan tanpa dapat dielakkan karya-karya yang steriotaip. Pendekatan ini telah memberikan karya-karya Datuk Hj, Murshidi sifat-sifat dan identiti yang kekal tanpa mempertunjukkan ciri-ciri pengaruh zaman. Bentuk dan format imajan-imajan tetap dilukis menurut skim yang beliau telah gubah dan gunakan dalam bentuk-bentuk seperti rumah-rumah yang beratap dan berdindingkan bahan yang kemas dan rata, pokok-pokok yang lurus sentiasa berdaun rindang, figura-figura yang sentiasa bertubuh sederhana dan sebagainya. Skim warna yang dieksploitasikan sejak tahun enam puluhan adalah tetap sama, atap merah, daun hijau, pokok coklat, awan biru dan sebagainya yang dicorakkan dengan teknik krometrik untuk menimbulkan fom dan bentuk 3 demensi.

Meskipun karya-karyanya menggambarkan beranika ragam imajan dari bentuk figura hinggalah ke lengenda namun corak dan identitinya yang tersendiri dan unik. Antara ciri-ciri dan keunikan karya beliau ialah konseptual, imaginatif , romantik dan skimatik. Mungkin oleh kerana jenis bahan dan warna yang belaiu gunakan maka palat warna bagi karya-karya beliau sentiasa nampak redup tetapi berkesan bagi menimbulkan suasana atau perasaan yang tenteram. Kemantapan keteramppilan beliau dalam pergolahkan konsep dan teknik telah membolehkan belaiu menjadi seorang pelukis veteran yang serba boleh dan produktif.




Anak Sungai
Menghijau (1995)

Air Terjun di Kg. Mawa,
(21” x 14”), P.1991.85

Alam Semulajadi,
P1996.172

Keindahan Kampung Di Pinggir Sungai
(1992)



Previous    Back to Artists' Profile  Next