Seni Komik, Illustrasi dan kartun di Sabah kini belum mencapai tahap memuaskan seperti kejayaan-kejayaan dari Semenanjung Malaysia. Namun saya percaya dengan adanya perkembangan yang berterusan dari persatuan PAKATUN maka seni komik, illustrasi dan kartun di Sabah mampu menandingi kejayaan yang ada di Semenanjung Malaysia. Saya berminat melukis sejak dari bangku sekolah rendah dan amat mengkagumi pelukis-pelukis seperti Ben dan Kaoru (majalah Gempak) dan pelukis-pelukis luar negara seperti Kishimoto Masashi dan Hayao Miyazaki. Saya berharap PAKATUN juga mampu menganjurkan pertandingan seperti Cosplay dan Kanival komik serta mampu menghasilkan majalah sendiri seperti di Semenanjung Malaysia. |