Peta Laman
Malay/English
  • Laman Utama
  • Mengenai Kami
    • Utusan Pengarah
    • Sejarah
    • Enakmen
    • Visi, Misi dan Objektif
    • Piagam Pelanggan dan Pencapaian
    • Pengurusan
    • Hubungi Kami
    • Maklum Balas
  • Perkhidmatan
  • Koleksi
    • Rekod Kerajaan
    • Rekod-Rekod Ekonomi
    • Rekod Pertubuhan/Persatuan
    • Rekod Parti Politik
    • Rekod Sukan
    • Rekod Sekolah
    • Rekod Agama
    • Rekod Surat Khabar
    • Rekod Surat Persendirian
  • Arkib
    • Galeri
    • Media 2011
    • Media 2012
  • Terbitan
  • Intranet
    • SM2
    • SM2(Peribadi)
    • E-Circular
    • E-Cuti
    • E-Jemputan
    • E-Pergerakan
    • E-Prestasi
    • iZin - Kursus INSAN
    • iZin - Hadir Seminar
    • iZin - Keluar Negeri
    • Sistem Peperiksaan
    • E-ANiS
  • Rangkaian
    • Kerajaan Sabah
    • myGoverment
    • MSC Malaysia
    • UNESCO
    • ICA
    • SARBICA
    • EASTICA
    • CARBICA
    • PARBICA
    • Arkib Negara Malaysia
    • Arkib Negara UK
    • Arkib Negara Singapura
    • Arkib Negara Indonesia (ARSIP)
  • BAHAGIAN PENGURUSAN

    Klik disini untuk melihat Carta Organisasi

    SAIRIN MELIN

    Pengarah

    Ijazah Sarjana Muda (Persuratan) UKM (Bangi, SELANGOR)

     

    YBhg. Encik Sairin Melin berasal dari Kota Belud, telah mendapat pendidkan awalnya di SMK Kemaman, Terengganu dan lulus dalam peperiksaan SPM pada tahun 1973. Seterusnya, beliau menyambung pengajian dalam Tingkatan 6 di Maktab Adabi, Kota Bharu, Kelantan dan lulus dalam peperiksaan STP pada tahun 1975, melanjutkan pelajaran ke Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1976 sehingga tahun 1979 dalam bidang Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu.

    Beliau mula berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 30 Ogos 1979 sebagai penolong pegawai belia negeri. Sepanjang perkhidmatan beliau, antara lain jawatan yang pernah disandang adalah pegawai kerja, pegawai kerja kanan, pegawai eksekutif, penolong pegawai tadbir, pegawai pentadbir, penolong pengarah, setiausaha sulit kepada ketua menteri, penolong pengarah kanan, Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Timbalan Pengarah di Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri.

    Beliau telah dilantik sebagai Pengarah Arkib Negeri Sabah pada bulan November 2011 bertanggungjawab menerajui pentadbiran dan pengurusan Arkib Negeri Sabah dengan dibantu oleh dua (2) orang timbalannya dalam mengetuai dua Sektor yakni, Sektor Rekod Awam dan Pembangunan Organisasi serta Sektor Arkib Awam dan Perkhidmatan, di samping seramai tujuh puluh dua (72) orang kakitangan.

     

     

    Emel : Sairin.Melin@sabah.gov.my

     

    PA Pengarah ANS

    Emell : Jamiah.Sud@sabah.gov.my
    Tel : (+6)088-250600, (+6)088256913
    Fax : (+6)088-225803

     


    Mansur Asun

    Timbalan Pengarah I - Sektor Arkib Awam dan Perkhidmatan

    Sarjana Sastera-Sejarah/Sosiologi/Anthropologi (Keele Universiti, UK)

    Mansur Asun memulakan kerjaya beliau sebagai seorang guru di SMK Buang Sayang, Papar (10 Ogos 1987,)SMK Inanam, Inanam (13 Februari 1995), Kolej Yayasan Sabah (Mac 1994 - Oktober 1995) dan Kinabalu Commercial College, Kota Kinabalu (November 1995) sebelum bertugas sebagai Pegawai Arkib di Jabatan Arkib Negeri Sabah pada bulan Januari 1996.

    Pada masa ini, beliau mengetuai Sektor Arkib Awam dan Perkhidmatan yang merangkumi Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, Bahagian Pemuliharaan dan Reprografi serta Bahagian Pemeliharaan Arkib Awam dan Kaji Selidik. Beliau bertanggungjawab ke atas Pasukan Kecemasan dan Keselamatan Jabatan.

    Beliau adalah Presiden Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Sabah dan merupakan ahli "Descriptive Standards Committee", "Preservation Commitee" dan "Access to Archives Commitee" bagi Majlis Arkib Antarabangsa, Paris, Perancis.

     

    Emel : Mansur.Asun@sabah.gov.my

     

    PA Timbalan Pengarah I

    Emel : Ramasita.Tubong@sabah.gov.my
    Tel : (+6)088-267915
    Fax : (+6)088-267944

     


    Majella Tan Marquez

    Timbalan Pengarah II - Sektor Rekod Awam dan Pembangunan Organisasi

    Post Graduate- Pengajian Kearkiban (IIAS, ITALY)
    Sarjana Pengurusan Rekod dan Pentadbiran Arkib (Universiti Kolej London, UK)

    Majella bekerja sambilan sebagai pemandu pelancong bagi BAKTI Tours Bhd dan Discovery Tours Sdn Bhd. Kota Kinabalu ketika melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana. Selepas menamatkan pengajian Sarjana Sastera-Asia Tenggara dari University Philippines, Diliman, Quezon City pada tahun 1988, beliau ditawarkan jawatan guru sambilan (guru separuh masa) bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Sejarah di Sekolah St. Mary, Sandakan sebelum memasuki Perkhidmatan Awam Negeri Sabah pada bulan Mac 1989, di mana beliau ditugaskan di Muzium Sabah dan Jabatan Arkib Negeri Sabah. Pada tahun 1991, beliau sekali lagi melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana Sastera dalam jurusan pengurusan rekod dan pentadbiran arkib. Semasa pengajiannya, beliau dikehendaki untuk menjalani praktikum selama sebulan di Jabatan Kerja Raya Banjul, Gambia, Africa (tajaan ACARM). Setelah menamatkan Sarjana Kedua pada bulan September 1992, beliau dilantik sebagai Pegawai Arkib pada 10 Ogos 1993. Pada pada bulan November 2011, beliau telah berjaya menamatkan Post Graduate dalam pengajian kearkiban, International Institute Archival Science, IIAS, di Trieste, Italy.

    Beliau mengetuai pelbagai bahagian dalam jabatan sebelum dilantik untuk mengurus Sektor Rekod Awam dan Pembangunan Organisasi yang terdiri daripada Bahagian Pengurusan Rekod Kerajaan dan Bimbing Cara, Bahagian Perolehan dan Pengesanan serta Bahagian Pembangunan Organisasi dan Teknologi.

    Sebagai ahli Majlis Arkib Antarabangsa (ICA), Paris, France, beliau menganggotai "Electronic And Other Current Records Committee", "Information Technology Committee", "Audio- Visual Records Committee" dan "Archival Education and Training Committee". Beliau juga merupakan ahli Association of Commonwealth Archivist And Records Manager (ACARM)", UK, "Southeast Asia Regional Branch of the International Council On Archive (SARBICA)" dan "The International Records Management Trust" (IRMT), UK.

     

    Emel : Majella.Marquez@sabah.gov.my

     

    PA Timbalan Pengarah II

    Emel : Suriah.Ibrahim@sabah.gov.my
    Tel/Fax : (+6)088-259916

     


    Margaret Edmund

    Penolong Pengarah-Ketua Bahagian Pengurusan Rekod Kerajaan dan Bimbingcara

    Sarjana Pengurusan Rekod dan Pentadbiran Arkib (Universiti Kolej London, UK)
    Sarjana Sains Pertanian (Southern Illinois University, Carbondale, USA)

    Margaret menyertai Perkhidmatan Awam Negeri Sabah pada tahun 1979 dalam jawatan perkeranian. Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian selama 3 tahun di Southern Illinois University, Carbondale, Amerika Syarikat untuk Ijazah Sarjana Muda. Setelah menamatkan pengajian, beliau kembali untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam dan telah ditempatkan di Arkib Negeri Sabah pada tahun 1986.

    Pada tahun 1993, beliau mendapat MA dalam Pengurusan Rekod dan Pentadbiran Arkib di University College London, United Kingdom. Beliau pernah berkhidmat dalam pelbagai bahagian dalam Jabatan iaitu Bahagian Perolehan, Bahagian Pengurusan Rekod, Bahagian Pemuliharan dan Reprografi, Bahagian Pemeliharaan Arkib Awam dan Kaji Selidik dan terkini di Bahagian Pengurusan Rekod Kerajaan dan Bimbingcara sebagai Ketua Bahagian.

     

    Emel : Margaret.Edmund@sabah.gov.my
    Tel : (+6)088-268905
    Fax : (+6)088-259916

     


    Shirley Sion

    Penolong Pengarah-Ketua Bahagian Pembangunan Organisasi dan Teknologi

    Post Graduate - Pengajian Kearkiban (IIAS, ITALY)
    Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan (Dengan Kepujian) USM
    (PENANG)

    Selepas menamatkan STPM, Shirley bertugas sebagai Guru Sandaran Tidak Terlatih di S.M.K. Tenghilan, Tamparuli dari bulan September 1986 sehingga bulan Disember 1987. Selepas itu, beliau mengajar di sekolah Rendah Swasta SRS Simon Fung, Kota Kinabalu bermula pada bulan Januari sehingga Jun 1988. Setelah memperolehi Ijazah Sarjana Muda pada bulan Ogos 1992 di USM, Pulau Pinang, beliau mengajar mata pelajaran Sejarah bagi murid-murid Tingkatan 5 secara kebetulan di Sekolah tempat beliau belajar dahulu iaitu SM. All Saints, Kota Kinabalu dari bulan September 1992 sehingga bulan Februari 1993. Beliau telah berjaya menamatkan Post Graduate dalam pengajian kearkiban, International Institute Archival Science, IIAS, di Trieste, Italy pada bulan November 2011.

    Apabila beliau mula berkhidmat di Arkib Negeri Sabah pada 1 Mac 1993, beliau telah ditempatkan di Bahagian Pengenalan Sumber Maklumat (1993) dan mengetuai Bahagian Pengenalpastian Sumber Maklumat (1994). Dari bulan Januari 1995, beliau mengetuai Bahagian Perkhidmatan Rekod, Bahagian Dokumentasi dan Penerbitan (1995 - 1997), Bahagian Perolehan (1998), Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi (1999), Bahagian Pemuliharaan dan Reprografi (2000), Bahagian Perolehan dan Pengesanan (2001 - 2002), Bahagian Pemuliharaan dan Reprografi (2003 - 2004), Bahagian Perolehan dan Pengesanan (2005 - 2010). Kini beliau bertugas sebagai Ketua Bahagian Pembangunan Organisasi dan Teknologi.

    Pada bulan Disember 2007, beliau melawat beberapa institusi arkib di London untuk menjalankan penyelidikan dan perolehan rekod-rekod Borneo Utara. Shirley telah menghadiri kursus-kursus, bengkel-bengkel dan seminar-seminar di Kuala Lumpur, Brunei, Singapura, Vietnam, Italy dan Slovenia.

    Emel : Shirley.Sion@sabah.gov.my
    Tel : (+6)088-268903
    Fax : (+6)088-259916

     


    Ramlin Alim

    Penolong Pengarah-Ketua Bahagian Pemeliharaan Arkib Awam dan Kaji Selidik

    Sarjana Muda Sains Pembangunan Manusia (Universiti Putra Malaysia, Serdang SELANGOR)

    Ramlin Alim merupakan Salah seorang perintis apabila Arkib Negeri Sabah ditubuhkan pada tahun 1980. Lantikan pertama beliau adalah sebagai Pembantu Arkib di Bahagian Perolehan (1980 - 1990), kemudian Bahagian Penyelidikan (1991 - 1992), Bahagian Pengurusan Rekod (1993 - 2003) dan Bahagian Penyelidikan sekali lagi (2003 - 2004). Pada tahun 2005, beliau ditukarkan ke Bahagian Pembangunan Organisasi dan Teknologi. Pada tahun 2008, beliau dinaikkan pangkat menjadi Penolong Pegawai Arkib di bahagian yang sama dan menjadi Ketua Bahagian apabila dilantik menjawat jawatan Pegawai Arkib pada tahun 2009. Nama Bahagian tersebut ditukarkan menjadi Bahagian Pembangunan Organisasi dan Sumber Manusia pada tahun 2010. Kini beliau mengetuai Bahagian Pemeliharaan Arkib Awam dan Kaji Selidik.

    Beliau telah menghadiri pelbagai kursus dan seminar anjuran institusi arkib di Malaysia Indonesia, Singapura, Brunei dan Vietnam.

     

    Emel : Ramlin.Alim@sabah.gov.my
    Tel : (+6)088-268906
    Fax : (+6)088-267944

     


    Lee Chun Kiat

    Penolong Pengarah-Ketua Bahagian Pemuliharaan dan Reprografi

    Sarjana Muda (Kepujian) Sains Sosial (Universiti Sains Malaysia, PENANG)

    Sebelum berkhidmat di Arkib Negeri Sabah, Lee pernah bekerja dengan sebuah Syarikat Perkapalan selama empat (4) tahun. Beliau mengetuai Bahagian Pemuliharaan dan Reprografi (1996-1999), Bahagian Perolehan (2000-2001), Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi (2002) dan Bahagian Pengurusan Rekod dan Bimbingcara (2005). Kini beliau mengetuai Bahaigan Pemuliharaan dan Reprografi yang mengendalikan kerja-kerja pemuliharaan, reprografi, pemikrofileman dan pendigitan rekod-rekod kerajaan dan sektor swasta termasuk koleksi surat persendiiran.

    Pada tahun 2006, beliau mengetuai rombongan yang terdiri daripada para pegawai dan kakitangan ANS untuk melawat Arsip Negara Indonesia. Beliau juga telah menghadiri seminar-seminar, konvokesyen-konvokesyen dan bengkel-bengkel anjuran insitusi Arkib Brunei, Singapura, Kuala Lumpur dan Vietnam. Kini beliau adalah Timbalan Pengerusi Kelab Sukan dan Kebajikan ANS.

    Emel :ChunKiat.Lee@sabah.gov.my
    Tel : (+6)088-268902
    Fax : (+6)088-267944

     


    Razaleigh Suhailen

    Pegawai Tadbir Kanan-Ketua Bahagian Pentadbiran dan Kewangan - Razaleigh Suhailen

    Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pemasaran), (UiTM Cawangan SABAH)
    Diploma Pagajian Perniagaan (UiTM cawangan SABAH)

    Razaleigh memulakan kerjaya dalam Perkhidmatan Awam Negeri Sabah pada 2 Januari 1996. Penempatan Pertama beliau adalah di Bahagian Latihan, Jabatan Perkidmatan Awam Negeri Sabah sebagai Penolong Pegawai Tadbir. Setelah berkhidmat selama 11 tahun di Jabatan tersebut, beliau dipindahkan ke Arkib Negeri Sabah untuk megetuai Bahagian Pentadbiran dan Kewangan. Peranan beliau adalah untuk memastikan hal-ehwal pentadbiran, kewangan dan kebajikan staf Arkib Negeri Sabah diurus dengan efisien dan efektif.

    Pada tahun 2009, beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pemasaran) daripada UiTM.

    Sepanjag perkhidmatan, beliau telah menghadiri seminar-seminar dan kursus-kursus yang berkaitan dengan pentadbiran dan kewangan anjuran MAMPU, INTAN, MPC, UMS, DBP dan JPAN. Kini beliau bertindak sebagai setiausaha untuk Jawatankuasa Audit Arkib Negeri Sabah dan Timbalan Pengerusi untuk Jawatankuasa Kesihatan.

     

    Emel : Razaleigh.Suhailen@sabah.gov.my
    Tel : (+6)088-257917
    Fax : (+6)088-267944

     


    Jiliah Situn

    Penolong Pegawai Arkib Kanan-Ketua Bahagian Perolehan dan Pengesanan

    Sarjana Muda Pendidikan dan Sejarah (Dengan Kepujian), (Middlesex University London, UK)

     

    Jiliah Situn memulakan kerjaya dalam perkhidmatan awam pada tahun 1988 (Januari - Ogos) sebagai guru sementara sekolah menengah. Beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda dalam Pendidikan dan Sejarah (Dengan Kepujian) daripada Middlesex University, London pada tahun 1992 dan berkhidmat di Arkib Negeri Sabah pada bulan Julai 1993.

    Selama 16 tahun, Jiliah telah menjadi Ketua Bahagian di pelbagai bahagian dalam Jabatan. Ianya telah memberikan beliau pengetahuan dan pengalaman dalam pengurusan arkib dan rekod. Kini beliau mengetuai Bahagian Perolehan dan Pengesanan. Beliau merupakan tenaga pengajar bagi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dikendalikan oleh Kementerian Pertahanan Malaysia dan penyokong kepada usaha/inisiatif perubahan iklim dunia dan pembasmian kemiskinan.

     

    Emel :Jiliah.Situn@sabah.gov.my
    Tel : (+6)088-268904
    Fax : (+6)088-259916

     

    Cari

    Hakcipta © 2011 Jabatan Arkib Negeri.

    PENAFIAN: Jabatan Arkib Negeri Sabah tidak akan bertanggungjawab kepada sebarang kerosakan atau kecurian disebabkan penggunaan sebarang maklumat dari laman web ini.

    Terbaik jika dilihat di browser dengan resolusi 1024 × 768
    Rekabentuk Oleh: Wolfgang | Diubahsuai Oleh: SIDMA dan COSMOPOINT | Dijana oleh: Mozilla Firefox 3.0 | XHTML 1.0 | CSS 2.0