|
PUSAT
REKOD
Pusat Rekod merupakan pusat penyimpanan secara sementara bagi
rekod-rekod awam yang diwujudkan oleh pejabat-pejabat awam Negeri
Sabah yang telah ditutup tetapi masih lagi dirujuk. Rekod-rekod ini
disimpan selama 1 - 5 tahun dan perlu diulangkaji oleh pejabat
pewujud rekod. Rekod-rekod yang mencapai usia 20 tahun akan dinilai
semula dan mana-mana rekod yang bernilai akan dipindahkan ke Pusat
Sumber Arkib Negeri Sabah. Pada masa ini Arkib Negeri Sabah
mempunyai Pusat Rekod Bahagian Pedalaman, Keningau dan Pusat Rekod
Pantai Barat. Pusat Rekod juga menyediakan Perkhidmatan Rujukan
rekod-rekod peribadi perkhidmatan awam dan rekod-rekod Housekeeping
yang disimpan secara sementara di Pusat Rekod.
|