| |
|
1957
Arkib Pusat Borneo Utara telah ditubuhkan di bawah urus setia
kerajaan pentadbiran Koloni British pada 22 November melalui pekeliling
C.401/2/10-x/c daripada Ketua Setiausaha
Arkib Pusat , yang bertempat di bangunan Urus
Setia Kerajaan Jesselton ditubuhkan dengan bertujuan untuk memelihara
rekod-rekod yang bernilai yang telah diwujudkan semasa Syarikat
Berpiagam Borneo Utara British dan semasa Kerajaan Tanah Jajahan.
Laurence W. St. John-Jones dipertanggungjawab merancang,
memelihara dan mengurus hal-ehwal pentadbiran Arkib.
|
|
| |
|
1958-1967 Kerja-kerja
perolehan rekod dari Bangunan Urus Setia Sandakan dan dari pelbagai
daerah telah diusahakan oleh tiga orang kakitangan termasuk Vun Hon
Kyong.
|
|
| |
 |
1963-1965
Selepas kemerdekaan, Laurence W. St. John Jones telah kembali ke
England. Aktiviti perolehan, pemindahan dan pemprosesan rekod
menjadi terhad kecuali peyelidikan.
|
|
| |
|
1965-1979 Arkib Pusat Borneo
Utara telah diletakkan di bawah kelolaan Muzium Sabah. Para
penyelidik dinasihatkan mendapat kebenaran merujuk kepadabahan-bahan
arkib, daripada Setiausaha Kerajaan Negeri.
|
|
| |
|
1979
Kerajaan Negeri menubuhkan sebuah Jabatan
Arkib, khas untuk menjaga dan memelihara rekod-rekod bernilai
sejarah dan kebangsaan.
|
|
| |
 |
1980-1984
Dewan Undangan Negeri telah meluluskan Enakmen Arkib Negeri Sabah
No.9, Tahun 1980 pada bulan Ogos dan mula dikuatkuasakan pada 1
Januari 1985.Encik Anwar Sullivan telah dilantik sebagai Penyimpan Arkib yang pertama,
Pejabat Arkib Negeri Sabah telah dipindahkan dari Nosmal Court,
Jalan Gaya Ke Km. 4, Jalan Penampang yang kini menjadi bangunan
tetap Arkib Negeri Sabah.
|
|
| |
|
1984-1992
Arkib Negeri Sabah dan Muzium Sabah telah digabungkan. Penggabungan
ini adalah disebabkan Muzium Sabah tidak mempunyai Kurator Muzium
pada masa tersebut. Encik Anwar Sullivan telah ditugaskan mentadbir
kedua-dua jabatan ini.
|
|
| |
|
1994
Kuasa multak pentadbiran
dan pengurusan Arkib Negeri Sabah telah dikembalikan. Puan Joanna K-Kissey
telah dilantik sebagai pengarah Arkib Negeri Sabah.Puan Joanna K-Kissey telah berpindah ke Kementerian Pelancongan dan
Alam Sekitar pada pertengahan 1994.
|
|
| |
 |
1994 - 1996
Encik Mohd. Yassin Isa telah
dilantik sebagai Pengarah Arkib Negeri Sabah.Beliau telah ditukarkan ke Kementerian Pembangunan
Luar Bandar pada awal tahun 1996.
|
|
| |
 |
1996-1997
Encik Mansur Asun telah memangku
jawatan Pengarah sehingga Mac 1997.
|
|
| |
 |
1997-1998
Encik Ismail Abdullah telah mengambil-alih jawatan sebagai Pengarah.
Walau bagaimanapun tempoh perkhidmatannya di Arkib Negeri Sabah
adalah singkat sahaja dan ditukarkan ke Unit Pengesanan Projek pada
Jun 1998.
|
|
| |
 |
1998-1999
Datuk Haji Majin Haji Ajin bekas presiden Majlis Perbandaran Tawau telah
dilantik sebagai Pengarah Arkib Negeri Sabah. Perkhidmatan beliau
amat singkat sekali dan berundur dari perkhidmatan awam kerana telah
menceburi bidang perniagaan dan politik.
|
|
| |
 |
1999 hingga
kini
Datu Tigabelas Datu Zainal Abidin
mantan SUT Kementerian Kebudayaan Belia Dan Sukan telah dilantik
sebagai Pengarah pada 22 Mac 1999. Kehadiran beliau di Jabatan
Arkib Negeri Sabah telah membawa banyak perubahan. Antara sumbangan
beliau ialah penubuhan Pusat Rekod, penambahan jawatan,
memperkemaskan struktur organisasi dan pengubahsuaian struktur
bangunan.
|
|
| |
|
|
|
 |