PEROLEHAN DAN PENGESANAN

SEJARAH LATAR BELAKANG

Pada hakikatnya, Bahagian Perolehan telah wujud semenjak penubuhan Arkib Negeri Sabah yakni pada tahun 1993, Bahagian ini telah diletakkan di bawah tanggungjawab Bahagian Pengurusan Rekod Kerajaan yang pada ketika itu dikenali sebagai Bahagian Pengenalan Sumber Maklumat. Walau bagaimanapun, tugas Pengurusan Rekod Kerajaan telah diasingkan pada tahun 1994 dan Bahagian Pengurusan Rekod Kerajaan telah ditubuhkan. Ekoran dari itu, Bahagian Perolehan telah dinamakan sebagai Bahagian Pengenalpastian Sumber  Maklumat. Seterusnya pada 17 Februari 1995, Carta Organisasi yang baru telah berkuatkuasa dan nama bahagian ini telah ditukarkan kepada Bahagian Perolehan. Sekali lagi, Carta Organisasi telah dirombak pada awal tahun 1998 di mana Bahagian Perolehan telah ditukar menjadi seksyen Perolehan. Tidak lama kemudian pada tahun 1999, nama Seksyen Perolehan telah diubah semula menjadi Bahagian Perolehan, Penyelidikan  dan Dokumentasi. Namun demikian, menjelang tahun 2002 nama Bahagian Perolehan telah diubah menjadi  Bahagian Perolehan dan Pengesanan dan kekal sehingga kini.
 

  OBJEKTIF

Objektif Bahagian Perolehan adalah untuk memberi perkhidmatan yang cekap, teratur dan berkesan dalam mengesan, mengenal pasti, menilai, memperolehi dan memproses segala jenis rekod bernilai yang berkaitan dengan Negeri Sabah dariapda jabatan kerajaan negeri dan persekutuan, pertubuhan persendirian dan orang perseoprangan yang berada di dalam dan di luar negeri dengan tujuan dipelihara dengan selamat sebagai warisan negeri dan seterusnya dijadikan rujukan oleh para penyelidik dan generasi akan datang.
 
 
FUNGSI
 
 
 
  • Mengesan dan mengenal pasti rekod-rekod bernilai arkib daripada jabatan kerajaan negeri dan persekutuan pertubuhan persendirian dan orang perseorangan yang berada di dalam dan di luar negeri
  • Menyemak, menilai dan memperolehi rekod-rekod dan arkib awam yang bernilai tentang negeri Sabah dengan beberapa cara seperti berikut:-
 
  • Melalui undang-undang selaras dengan kehendak Enakmen Rekod dan Arkib Negeri Sabah Tahun 2008 dan Surat Pekeliling Am Bil. CMD 1001/1/1 PT.11/176
  • 2.2 Melalui hadiah ataupun derma.
  • 2.3 Melalui pembeliaan.
    CARTA BAHAGIAN

 

 

Kembali