PENTADBIRAN: KOD 100

Meliputi pelbagai perkara berkaitan dengan urusan dan perkhidmatan pentadbiran, enakmen dan perundangan, persatuan-persatuan, jawatankuasa, persidangan dan sebagainya.

NOMBOR-NOMBOR DAN PERKARA UTAMA

NOMBOR-NOMBOR UTAMA PERKARA-PERKARA UTAMA
100-0 Pentadbiran Am

Meliputi perkara-perkara am yang berkaitan dengan fungsi dan aktiviti pentadbiran yang tidak terdapat di bawah mana-mana perkara, huruf ringkas Pejabat Awam, hal-hal kecurian/ kehilangan dan hal-hal lain yang berkaitan.
100-1 Enakmen dan Perundangan - Pejabat Awam

Meliputi penjelasan enakmen Pejabat Awam (termasuk definisi dan penjelasan-penjelasan istilah), pindaan, laporan-laporan mesyuarat berkaitan kertas-kertas cadangan pengubalan enakmen, surat panggilan mesyuarat dengan pihak berkenaan seperti peguam Negeri dan lain-lain yang berkaitan.
100-2 Akta dan Perundangan - Persekutuan

Meliputi bil, akta dan perundangan, statutory orders dan peraturan-peraturan Pejabat Awam, kertas kerja, laporan-laporan, deraf pengubalan akta dan seabgainya yang diwujudkan untuk penyediaan enakmen dan akta dan dan perundangan, peraturan-peraturan dan pindaan-pindaan yang dikeluarkan oleh kerajaan Negeri Sabah dan  hal-hal yang berkaitan dengannya.

100-3 Akta dan Perundangan - Luar Negeri

Meliputi bil, akta dan perundangan luar negeri termasuk definsi, penjelasan-penjelasan akta, deraf memorandum dan hal-hal yang berkaitan dengan perkara-perkara di atas.

100-4 Arahan, Pekeliling, Peraturan dan Perintah Pejabat Am

Meliputi arahan, perintah, pekeliling, peraturan dan panduan yang diwujudkan oleh pejabat Awam untuk merangkumi Pentabdirannya.

(Arahan, Pekeliling, Peraturan, Panduan yang diwujudkan oleh sesebuah Pejabat Awam lain untuk kegunaan Pejabat Awam sebagai Sistem Doket berkenaan.

100-5 Darurat

Meliputi surat-menyurat berkaitan dengan rancangan Pejabat Awam dalam meneruskan operasi Pejabat Awam semasa keadaan darurat, tindakan-tindakan yang perlu diambil untuk memberi bantuan, tindakan berjaga-jaga/ pertahanan dan hal-hal yang berkaitan dengannya.

100-6 Enakmen Negeri

Meliputi hal-hal yang berkaitan dengan enakmen Negeri Sabah, pindaan-pindaan dan hal-hal yang berkaitan dengannya.

100-7 Hubungan Awam dan Seranta

Meliputi perkara-perkara pentadbiran mengenai hal-hal awam dan perhubungan seranta, edaran maklumat.

100-8 Istilah

Meliputi istilah-istilah dalam pentadbiran, istilah-istilah saintifik dan statistik, surat-menyurat berhubung dengan pembentukan istilah dari Dewan Bahasa dan Pustaka, antara Kerajaan Malaysia dengan negara-negara luar dan pelbagai perkara yang berkaitan dengannya.

100-9 Jawatankuasa - Keanggotaan Dalam Jabatan

Meliputi surat-menyurat mengenai keanggotaan Pejabat Awam sendiri mengenai hal-hal perjawatan, pertubuhan, organisasi dan lain-lain berhubung denan sesuatu lembaga, majlis, jawatankuasa kerja dan sebagainya termasuk juga fungsi, agenda mesyuarat dan surat-menyurat yang berkaitan dengannya.

100-10 Jawatankuasa - Keanggotaan Luar Jabatan

Surat-menyurat mengenai keanggotaan Pejabat Awam dalam jawatankuasa-jawatankuasa luar Pejabat Awam yang meliputi hal-hal pertubuhan, organisasi dan lain-lain berhubung dengan sesuatu lembagga, majlis, jawatankuasa-jawatankuasa kerja dan sebagainya, termasuk juga fungsi, agenda mesyuarat dan surat-menyurat yang berkaitan dengannya.

100-11 Kafeteria dan Kantin

Meliputi surat-menyurat mengenai pengurusan kafeteria/kantin dan kemudahan tempat makan dan hal-hal lain yang berkaitan dengannya.

100-12 Kemalangan - Kenderaan

Meliputi dasar, peraturan, panduan dan surat-menyurat berkaitan dengan kemalangan kenderaan, tindakan keselamatan dan sebagainya.

100-13 Kempen dan Rayuan

Meliputi kempen-kempen mengenai tabung darah, kempen amanah Saham Nasional dan pelbagai kempen yang berkaitan yang dilaksanakan oleh pihak Pejabat Awam.

100-14 Kerjasama dan Perhubungan Antarabangsa

Meliputi aktiiviti-aktiviti kerjasama dan perhubungan dengan negara-negaara luar dan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa seperti Bangsa-Bangsa Bersatu, ASEAN, UNESCO dan sebagainya dalam hubungan mendapatkan maklumat-maklumat kertaskerja, pameran, hal-hal kebudayaan, bantuan teknikal dan hal-hal lain yang berkaitan dengannya.

(Keahlian dalam sesuatu Pertubuhan lihat di bawah Pertubuhan, Kelab dan Persatuan Luar Negeri).

100-15 Kerjasama dan Perhubungan Dalam Negeri

Meliputi aktiviti kerjasama dan perhubungan antara  pejabat Awam, agensi Kerajaan, pertubuhan-pertubuhan Kerajaan Pusat mengenai hal-hal lain yang berkaitan dengannya.

100-16 Kerjasama dan Perhubungan - Pusat Pengajian Tinggi

Meliputi perhubungan dan kerjasama dengan pihak Universiti, Kolej dan institusi-institusi pengajian lain dalam hubungan mengenai sistem pelajaran pengajian soal-selidik, akta/peraturan pengajian, tinggi, pentadbiran institusi, hal-hal agama dan perkara-perkara laina yang berkaitan dengannya.

100-17 Keselamatan Fizikal

Meliputi surat-menyurat mengenai keselamatan fizikal bangunan, pemasangan seperti sistem pemagaran, kunci, mangga, keperluan-keperluan keselamatan seperti kawasan larangan/terhad dan langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil.

100-18 Keselamatan Kakitangan

Meliputi hal-halurusan pentadbiran ke atas tindakan keselamatan kakitangan iaitu mengenai tapisan keselamatan kad pengenalan Jabatan, pas keselamatan, cop jari dan sebagainya.

100-19 Laporan dan Perangkaan - Bulanan

Meliputiputi laporan kemajuan dan perangkaan bulanan Pejabat Awam termasuk Bahagian-Bahagian, Unit-unit dan cawangan-cawangan dan hal-hal lain yang berkaitan.

100-20 Laporan dan Perangkaan - Suku Tahunan

Meliputi laporan kemajuan kerja suku tahun untuk pengurusan utama sesebuah Pejabat Awam Kerajaan termasuk juga laporan-laporan Bahagian dan Cawangan serta hal-hal lain yang berkaitan dengannya.

100-21 Laporan dan Perangkaan -  Tahunan

Meliputi laporan kemajuan tahunan Pejabat Awam, termasuk laporan kemajuan tahuan Bahagian dan hal-hal lain yang berkaitan dengannya.

100-22 Lembaga Penasihat

Menandatangani surat-surat perlantikan Ahli Lembaga Penasihat, Pejabat Awam; peraturan-peraturannya/syrat- syarat berhubung dengan perlantikan dan surat-menyurat yang berkaitan dengannya.

100-23 Lencana, Emblem dan Bendera

Meliputi surat-menyurat mengenai penggunaaan lencana, embelm, bendera dan sebagainya (tidak termasuk pembelian dan pembekalan)

100-24 Lesen dan Permit

Meliputi surat-menyurat berhubung dengan mempeeroleh lesen dan permit untuk pelbagai keperluan Pejabat Awam.

100-25 Mesyuarat - Antarabangsa

Mengandungi surat-menyurat mengenai fungsi, agenda, minit, laporan, penolakan/penyertaan sesuatu mesyuarat yang dianjurkan oleh badan-badan antarabangsa. Termasuk juga urusan permohonan/kelulusan menghadirinya.

100-26 Mesyuarat - Dalam Pejabat Awam

Mengandungi surat-menyurat mengenai fungsi, agenda, minit, laporan, /penyertaan/penolakan   sesuatu mesyuarat (sama ada mesyuarat khusus Pejabat Awam atau Pejabat Awam sebagai penganjur untuk Pejabat Awam luar) dan surat-menyurat lain yang berkaitan dengannya.

100-27 Mesyuarat - Luar Pejabat Awam

mengandungi surat-menyurat mengenai fungsi, agenda, minit, laporan, penyertaan/penolakan sesuatu mengikut susunan bulanan atau tahunan yang dianjurkan oleh sesebuah Pejabat Awam luar.

100-28 Organisasi Pentadbiran

Meliputi perkara-perkara seperti dasar dan prosedur dalam melaksanakan tanggungjawab  Pejabat Awam; pembentukan/perubahan termasuk organisasi dan fungsi carta; cadangan-cadangan mengorganisasikan Pejabat Awam dan surat-surat lain yang berkaitan dengannya.

100-29 Pengangkutan dan Perjalanan

Meliputi permohonan membuat perjalanan  termasuk tempahan tiker, tempahan tempat penginapan, cara pengangkutan; arahan/peraturan/panduan perjalanan; dasar penggunaan jenis kenderaan seperti kapalterbang.keretapi/teksi kereta sendiri dan sebagainya; urusan paspot/visa serta surat-menyurat  yang berkaitan dengannya.

100-30 Penghargaan

Meliputi surat-menyurat penghargaan, ucapan tahniah; takhziah; kad-kad ucapan selamat hari kebesaran; Kritik ( meliputi hal-hal pentadbiran / organisasi / fungsi Pejabat Awam ) dan sebagainya.

100-31 Pengurusan Rekod

Termasuk surat-menyurat berhubung dengan program pengurusan rekod; perkembangan, penggunaan dan pelaksanaan sistem kelasifikasi subjek; prosedur / teknik pengawalan fail, memikrofilemkan rekod, penilaian rekod, pengurusan surat dan sebagainya.

100-32 Pengurusan Borang

Termasuk apabila rekabentuk, kawalan, indentifikasi, authorizasi, persediaan dan ciri-ciri fizikal borang.

100-33 Perhubungan - Telefon

Mengandungi surat-menyurat mengenai pentadbiran perolehan pemasangan, penyelenggaraan, operasi dan penggunaan sistem telefon; telefon radio / telegram; dan hal-hal lain berkaitan dengannya.

100-34 Perhubungan Telex/Teletype

Mengandungi surat-menyurat mengenai pentadbiran perolehan; pemasangan, menyelenggaraan; operasi dan penggunaan kemudahan sistem telex, `teletype' dan sebagainya.

100-35 Perkhidmatan Perpustakaan

meliputi surat-menyurat berkaitan dengan perolehan, pembelian, pinjaman dan pengedaran buku dan terbitan.

100-36 Perkhidmatan Pos dan Surat

Meliputi surat-menyurat berkaitan dengan fungsi peraturan dan perkhidmatan pos negara, kod panduan telefon, peraturan-peraturan Jabatan perkhidmatan pos, pertanyaan, laporan kehilangan/kerosakan sruat dan sebagainya.

100-37 Persidangan dan Kongres - Antarabangsa

mengandungi surat-menyurat mengenai penubuhan organisasi, fungsi, agenda, minit, laporan, penolakan/penyertaan sesuatu persidangan/kongres yang dianjurkan oleh Badan-Badan Antarabangsa Termasuk juga surat-m,enyurat urusan permohonan/kelulusan menghadirinya.

100-38 Persidangan dan Kongres - Dalam Pejabat Awam

Mengandungi surat-menyurat mengenai penubuhan organisasi fungsi, agenda, minit, laporan, kertas kerja, penyertaan/penolakan sesuatu persidangan/kongres yang diadakan sama ada mengikut susunan bulanan atau tahunan yang dianjurkan oleh Pejabat Awam sendiri dan surat-surat lain yang berkaitan dengannya.

100-39 Persidangan dan Kongres - Luar Pejabat Awam

Mengandungi surat-menyurat mengenai penubuhan organisasi fungsi, agenda, minit, laporan, kertas kerja, penyertaan/penolakan sesuatu persidangan/kongres yang diadakan sama ada mengikut susunan bulanan atau tahunan yang dianjurkan oleh Pejabat Awam Luar.

100-40 Pertubuhanan, Kelab dan Persatuan - Dalam Pejabat Awam

Mengandungi minit mesyuarat, laporan-laporan tahunan, penyata kewangan, nama-nama ahli dan yuran-yuran berhubung dengan penubuhan, kelab dan persatuan dan organisasi-organisasi senejis yang ditubuhkan dalam sesebuah Pejabat Awam. Termasuk surat-menyurat panggilan mesyuarat dan lain-lain yang berkaitan dengannya.

1100-4100 Pertubuhaan,   Kelab dan Persatuan - Dalam Negeri

Mengandungi minit-minit mesyuarat, laporan-laporan tahunan, penyata kewangan, nama-nama ahli dengan pertubuhan, kelab dan persatuan dan organisasi-organisasi sejenis yang ditubuhkan oleh sesebuah badan lain. Termasuk juga panggilan mesyuarat dan lain-lain yang berkaitan dengannya.

100-42 Pertubuhaan,   Kelab dan Persatuan - Luar Negeri

Mengandung iminit-minit mesyuarat, laporan-laporan tahunan, penyata kewangan, nama-nama ahli dan yuran-yuran berhubung dengan pertubuhan, kelab dan persatuan dan organisasi-organisasi sejenis yang ditubuhkan oleh badan-badan luar negeri. Termasuk juga surat-menyurat panggilan mesyuarat berkaitan dengannya.

100-43 Proses Data

Meliputi surat-menyurat berhubung dengan perkembagan atau pertimabngan mengenai program dan sistem prosesan data ellekrtonik. `automated', kemudahan (feasibility_ pembelajaran, pengawasan dan ujian-ujian penggunaan serta perkara-perkara lain yang berhubung dengannya.

100-44 Rancangan dan Program

Meliputi hal-hal berkaitan dengan perancangan aktiviti-aktiviti/program sesebuah Pejabat Awam, laporan/data ulangkaji dan analisis kemajuan perancangan selaran dengan matlamat program sesebuah Pejabat Awam.

100-45 Rekaan, Cap Dagang dan Hak Cipta

Meliputi surat-menyurat berhubung dengan urusan memperolehi lesen cap dagang, rekaan hak cipta, pelanggaran hak cipta dan hal-hal yang berhubung.

100-46 Seminar dan Bengkel - Antarabangsa

Mengandungi surat-menyurat mengenai penubuhan, organisasi, fungsi agenda, minit, laporan, penolakan.penyertaan, sesuatu seminar/bengkel yang dianjurkan oleh badan-badan antarabangsa. Termasuk juga surat-menyurat urusan permohonan/kelulusan menghadirinya.

100-47 Seminar dan Bengkel - Dalam Pejabat Awam

Mengandungi surat-menyurat mengenai penubuhan, organisasi, fungsi, agenda, minti laporan, kertas kerja, penyertaan.penolakan sesuatu seminar/bengkel yang dianjurkan oleh Pejabat Awam sendiri dan surat-menyurat lain yang berkaitan dengannya.

100-48 Seminar dan Bengkel - Luar Pejabat Awam

Mengandungi surat-menyurat mengenai penubuhan, organisasi, fungsi,agenda, minit, laporan kertas kerja, penyertaan/penolakan sesuatu seminar/bengkel yang dianjurkan oleh sesebuah Pejabat Awam Luar.

100-49 Simposium dan Kolokium - Antarabangsa

Mengandungi surat-menyurat mengenai penubuhan, organisasi, fungsi, agenda, minit, laporan, kertas kerja, penyertaan/penolakan sesuatu simposium/kolokium yang dianjurkan oleh badan-badan antarabangsa. Termasuk juga surat-menyurat urusan permohonan/kelulusan menghadirinya.

100-50 Simposium dan Kolokium - Antarabangsa

Mengandungi surat-menyurat mengenai penubuhan, organisasi, fungsi, agenda, minit, laporan, penyertaan/penolakan sesuatu sismposium/kolokium yang dianjurkan oleh Pejabat Awam sendiri dan surat-surat lain yang berkaitan dengannya.

100-51 Simposium dan Kolokium - Luar Pejabat Awam

Mengandungi surat-menyurat mengenai penubuhan, organisasi, fungsi, agenda, minit, laporan, kertas kerja, penyertaan/penolakan sesuatu simposium/kolokum yang dianjurkan oleh sesebuah Pejabat Awam Luar.

100-52 Urusan Dewan Undangan Negeri Sabah

Meliputi perkara-perkara seperti urusan mesyuarat, keputsan-keputusan Dewan Undangan Negeri Sabah yang melibatkan Pejabat Awam; memorandum mengenai kepurtusan Kabinet, pertanyaan Dewan Undangan Negeri Sabah, soalan dan jawapan serta perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

Kembali