| |
1. |
Arkivis haruslah melindungi keutuhan bahan arkib demi
memastikan ia terus menjadi bukti masa lalu yang boleh dipercayai.
Tugas utama Arkivis adalah untuk mengekalkan keutuhan rekod-rekod dalam
jagaan mereka. Untuk melaksanakan tugas ini, mereka mesti mengambil
perhatian tentang kesahihan tetapi kadang kala bertentangan,
hak-hak dan kepentingan majikan, pemilik, subjek data dan pengguna, pada
masa yang lalu, kini dan akan datang, keobjektifan dan sifat adil
Arkivis adalah pengukur keprofesionalan mereka. Mereka harus menahan
daripada mana-mana sumber untuk memanipulasikan bukti dengan tujuan
untuk menyembunyikan ataupun memutarbelitkan fakta.
|
| |
2. |
Arkivis harus menilai, memilih dan mengekalkan prinsip asal-usul, memelihara dan membuktikan keaslian dokumen-dokumen.
Arkivis mesti bertindak selaras dengan prinsip dan praktis yang diterima
secara umum. Arkivis mesti; menjalankan tugas dan fungsi mereka
selaras dengan prinsip arkib, dengan mengambil kira pewujudan,
penyelenggaraan dan pelupusan rekod-rekod semasa dan separa semasa,
termasuk rekod-rekod elektronik dan multimedia, pemilihan dan perolehan
rekod-rekod untuk jagaan arkib, perlindungan, pemeliharaan dan
pemuliharaan arkib yang berada dalam jagaan mereka, dan penyusunan,
penerangan, penerbitan dan penggunaan dokumen tersebut. Arkivis harus
menilai rekod berdasarkan kepada pengetahuan teliti mereka tentang
polisi keperluan dan perolehan pentadbiran institusi mereka. Mereka
harus menyusun dan menerangkan rekod yang dipilih untuk disimpan selaras
dengan prinsip arkib (iaitu prinsip asal-usul dan prinsip arahan
keaslian) dan standard yang diterima, seberapa cepat sepeti yagn
dibenarkan oleh sumber. Arkivis harus memperolehi rekod selaras dengan
tujuan dan sumber institusi mereka. Mereka seharusnya tidak mencari
ataupun menerima perolehan seandainya ia membahayakan integriti ataupun
keselamatan rekod; mereka harus bekerjasama untuk memastikan
pemeliharaan rekod-rekod ini di tempat simpanan yang sesuai. Arkivis
harus memberi kerjasama dalam penghantaran balik arkib yang telah
dipindahkan.
|
| |
3. |
Arkivis harus
melindungi ketulenan dokumen-dokumen semasa pemprosesan arkib,
pemeliharaan dan penggunaan.
Arkivis harus memastika nnilai kearkiban rekod-rekod, termasuk
elektronik ataupun rekod-rekod multimedia tidak dirosakkan semasa
penilaian, penyusunan dan deskripsi, dan pemuliharaan dan penggunaan.
Mana-mana penyalinan harus dibuat berdasarkan kaedah dan kriteria yagn
cermat. Penggantian yang asala dengan fromat yang laina harus dibuat
secar sah, intrinsik dan nilai maklumat rekod tersebut .Dokumen-dokumen
yang diklasifikasikan sebagai terhad telah dikeluarkan daripada fail
secara sementara perlu dimaklumkan kepada pengguna.
|
| |
4. |
Arkivis harus memastikan
rujukan dan kebolehfahaman bahan arkib secara berkesan.
Arkivis harus memilih dokumen untuk disimpan ataupun pemusnahan terutama
untuk menyelamat testimoni penting tentang aktiviti seseorang dalam
institusi yang mengeluarkan dan mengumpul dokumen-dokumen tersebut
tetapi juga menukar keperluan penyelidikan. Arkivis harus berhati-hati
bahawa memperolehi dokumen-dokumen yang diragui asalnya, walaupun
menarik, boleh menggalakkan perdagangan yang menyalahi undang-undnag.
Mereka harus bekerjasama dengan Arkivis-arkivis lain dan agensi-agensi
penguatkuasaan undang-undang dalam menangkap dan mendakwa orang-orang
yang disyaki mencuri rekod-rekod bertaraf arkib.
|
| |
5. |
Arkivis harus merekod dan
berupaya untuk menjustifikasi tindakan mereka terhadap bahan arkib.
Arkivis harus menyokomg amalan penyimpanan rekod yang baik sepanjangan
kitaran hidup dokumen dan bekerjasama dengan pewujud rekod dalam
mengemukakan format-format baru dan amalan pengurusan maklumat baru.
Mereka harus mengambil berat bukan hanya dengan memperolehi rekod-rekod
yang ada, tetapi juga memastika nbahwa maklumat semasa dan sistem arkin
yagn digabungkan dariada prosedur awal untuk memelihara rekod-rekod
bernilai. Arkivis yang berunding dengan pegawai-pegawai pemindah ataupun
pemilik rekod harus mencar ikeputusan yang adil berdasarkan kepada
pertimbangan penuh bila berkenaan dengan faktor-faktor berikut; kuaa
untuk meindah, menderam atau menjual; pengurusan kewangan dan faedah;
cara untuk memproses, hal cipta dan syarat-syarat merujuk. Arkivis harus
menyimpan rekod yang mendokumentasi rujukan-rujukan, pemuliharaan dan
semua kerja yang berkaitan dengan arkib yang dijalankan.
|
| |
6. |
Arkivis harus menggalakkan
kemudahan rujukan yang luas terhadap bahan arkib dan menyediakan
perkhidmatan yang adil kepada semua pengguna.
Arkivis harus menghasilkan kedua-dua panducari yang umu dan
terperinci yang sesuai, untuk semua rekod dalam jagaan mereka. Mereka
harus memberi nasihat secaa adil kepada semua, dan menggunakan sumber
yangada untuk memberi perkhidmatan yang seimbang. Arkivis harus menjawab
dengan sopan dan dengan semangat untuk membantu semua pertanyaan yang
munasabah tentang khazanah mereka dan menggalakkan penggunaannya secaa
meluas, konsisten dengan polisi institusi, pemeliharaan khazanah,
pertimbangan undang-undang, hak individu dan persetujuan penderma.
Mereka harus menerangkan sekatan-sekatan yang berkaitan kepada pengguna
yang berpotensi, dan menggunakannya dengan saksama. Arkivis harus tidak
menggalakkan sekatan-sekatan yang tidak munasabah dalam rujukandan
penggunaan tetapi boleh cadangkan ataupun menerima syarat perolehan yagn
menyatakan dengan jelas sekatan dalam jangka masa yang terhad. Mereka
harus memerhati dengan betul-betul dan menggunakan dengan adil semua
perjanjian yang dibuat semasa perolehan, tetapi, dalam kepentingan
pelonggaran rujukan, harus berunding syarat-syarat selaras dengan
perubahan keadaan.
|
| |
7. |
Arkivis harus menghormati
rujukan dan privasi, dan bertindak dalam sempadan perundang yang relevan.
Arkivis harus menjaga bahawa privasi bersama dan peribadi dan juga
keselamatan nasional adalah terjamin tanpa memusnahkan maklumat,
terutamanya dalam kes rekod elektronik di mana pengemaskinian dan
pemadaman adalah amalan biasa. Mereka harus menghormati privasi individu
yang mewujud ataupun yang menjadi subjek rekod, terutama yang tiada
suara dalam pengggunaan ataupun pelupusan bahan tersebut.
|
| |
8. |
Arkivis harus menggunakan
amanah yang diberikan kepada mereka dan menjauhkan diri mereka daripada
menggunakan kedudukan untuk kepentingan mereka ataupun orang lain.
Arkivis mesti menahan diri daripada aktiviti-aktiviti, yang mungkin
menjejaskan intergiriti profesional mereka, objektif dan kesaksamaan.
Mereka harus tidak mendapat faedah kewangan ataupun secara peribadi yang
boleh menjejaskan institusi, pengguna dan rakan sekerja. Arkivis tidak
seharusnya mengumpul dokumen asal ataupun menyertai mana-mana perdagangan
yang melibatkan dokumen secara persendirian. Mereka harus mengelak
dariapda aktiviti-aktiviti yang boleh menimbulkan konflik kepentingan
dalam minda umum. Arkivis boleh menggunakan khazanah insititusi untuk
penyelidikan peribadi dan penerbitan dengan syarat kerja sedemikian
dibuat dengan syarat-syarat yang sama dengan orang lain menggunakan
khazanah yang sama. Mereka tidak seharusnya mendedahkan ataupun
menggunakan maklumat yang diperolehi melalui kerja dengan khazanah di
mana rujukan adalah tidak dibenarkan. Mereka tidak seharusnya
membenarkan penyelidikan persendirian mereka dan kepentingan penerbitan
masuk campur dengan palaksanaan tugas profesional yang betul ataupun
tugas-tugas pentadbiran di mana mereka bertugas. Apabila menggunakan
khazanah institusi mereka, Arkivis sepatutnya tidak menggunakan
pengetahunan mereka tentang penemuan penyelidik yang tidak diterbitkan,
tanpa memberitahu penyelidik terlebih dahulu tentang tujuan penggunaan
oleh Arkivis. Mereka boleh mengkaji semula dan memberi komen tentang
kerja orang lain dalam bidang mereka, termasuk kerja-kerja berasaskan
dokumen-dokumen institusi mereka sendiri. Arkivis seharusnya tidak
membenarkan orang diluar profesion campur tangan dalam amalan dan
kewajipan mereka.
|
| |
9. |
Arkivis harus mendalami
secara sistematik dan terus mengemaskinikan pengetahuan arkib mereka dan
memastikan latihan ataupun aktivikti-aktiviti di bawah penyeliaan mereka
adalah lengkap untuk menjalankan tugas mereka dengan cekap.
Arkivis harus berusaha untuk mengembangkan pengetahuan dan kepakaran
profesional mereka, untuk menyumbang kepada badan ilmu pengetahuan
profesional, dan untuk memastikan bahawa latihan ataupun aktiviti di
bawah penyeliaan mereka adalah lengkap untuk menjalankan tugas dengan
cekap.
|
| |
10. |
Arkivis harus menggalakkan
pemeliharaan dan penggunaan Dokumentasi warisan dunia, melalui kerjasama
dengan ahli mereka dan bidang lain.
Arkivis harus mencari untuk menambah kerjasama dengan mengelak konflik
dengan rakan sekerja profesioal dan untuk menyelesaikan kesulitan dengan
cara menggalakkan pendirian standard dan etika arkib. Arkivis harus
bekerjasama dengan ahli-ahli dalam profesion yang berkaitan atas dasar
saling menghormati dan memahami.
|
| |
|
 |