Kalendar Peristiwa

Julai 2019

Is Se Ra Kh Ju Sa Ah
1
2
3
4
5
6
7
 
 
 
 
 
 
 
8
9
10
11
12
13
14
 
 
 
 
 
 
 
15
16
17
18
19
20
21
 
 
 
 
 
 
 
22
23
24
25
26
27
28
 
 
 
 
 
 
 
29
30
31
1
2
3
4
 
 
 
 
 
 
 
    • Today
    • JANS event
    • Public Holiday
  • NOTIS KECEMASAN GANGGUAN BEKALAN AIR DI KOTA KINABALU

    Tarikh : 19 Julai 2019 (Jumaat). Masa gangguan bekalan air : 7.00 malam sehingga kerja pembaikan selesai. Pembaikan paip bocor jenis MSCL berukuran 300 mm berdekatan Jalan Tuaran Bypass, Kota Kinabalu disebabkan oleh kerja-kerja pengorekan Kontraktor Sabah Net. Untuk maklumat terkini, sila hubungi Careline di talian 088-326888 (24Jam).

  • NOTIS KECEMASAN GANGGUAN BEKALAN AIR DI TAWAU

    Tarikh : 19 Julai 2019 (Jumaat). Masa gangguan bekalan air : 4.00 petang sehingga kerja pembaikan selesai. Pembaikan stand meter sumbat jenis G.I berukuran 3/4 inci di belakang Kedai Hua Ming, Jalan Chester, Tawau. Untuk maklumat terkini, sila hubungi Careline di talian 088-326888 (24Jam).

  • NOTIS KECEMASAN GANGGUAN BEKALAN AIR DI SANDAKAN

    Tarikh : 19 Julai 2019 (Jumaat). Masa gangguan bekalan air : 4.00 petang sehingga kerja pembaikan selesai. Pembaikan paip bocor jenis MSCL berukuran 6 inci di simpang masuk jalan utama Tinosan, Batu 4, sebelum DMZ Taman Millinium, Sandakan. Untuk maklumat terkini, sila hubungi Careline di talian 088-326888 (24Jam).

  • NOTIS KECEMASAN GANGGUAN BEKALAN AIR DI TENOM

    Tarikh : 19 Julai 2019 (Jumaat). Masa gangguan bekalan air : 3.30 petang sehingga kerja pembaikan selesai. Pembaikan paip bocor jenis AC berukuran 6 inci di Tenom Lama berdekatan dengan simpang Fatt Choi, Senagang. Untuk maklumat terkini, sila hubungi Careline di talian 088-326888 (24Jam).

  • SIJIL SIRIM ISO/IEC27001.2013 (JANS TELIBONG II)
  • SIJIL SIRIM ISO/IEC27001.2013 (JANS KK)
  • SIJIL SIRIM ISO/IEC27001.2013 (JANS ICT)
  • Sijil Penyertaan 'Information Security Management System (ISMS) Certification Scheme'
  • Pertandingan Laman Web Terbaik Negeri Sabah
Tidak ada tender atau sebutharga didaftarkan di dalam sistem buat masa ini.
Tidak ada tukang paip didaftarkan di dalam sistem buat masa ini.
Tidak ada produk didaftarkan di dalam sistem buat masa ini.

Perutusan Pengarah


Salam Sejahtera

Selamat datang  dan terima kasih kerana melayari  laman web rasmi Jabatan Air Negeri Sabah (JANS).

Tahniah dan syabas dari pihak pengurusan kepada Jawatankuasa Sidang Redaksi Laman Web Jabatan Air Negeri Sabah kerana dapat menghasilkan laman web rasmi ini. Penyampaian perkhidmatan secara elektronik dan mudah alih telah semakin penting untuk organisasi untuk bergerak pantas dalam bekerja di era digital.

Saya  berharap laman web ini dapat dijadikan sebagai sumber autoritatif untuk rakyat serta pelanggan mendapatkan maklumat terkini mengenai dasar, pekeliling, penerbitan, produk, perkhidmatan, dan aktiviti JANS. Justeru, laman web ini dapat membantu Jabatan ini mengorak langkah sehingga mencapai perkhidmatan yang cekap dan cemerlang sejajar dengan agenda RMK-11 di mana kerajaan akan lebih berpaksikan kepada rakyat dan menumpukan kepada kualiti, peningkatan produktiviti dan kecekapan perkhidmatan awam.

Sehubungan dengan itu, penghasilan laman web yang menarik serta mesra pelanggan secara berterusan dapat memantapkan dan meningkatkan kecekapan urustadbir JANS bagi meningkatkan kefahaman serta  keyakinan di samping dapat memudahkan segala urusan masyarakat/pelanggan secara atas talian. Dalam kepesatan pembangunan Negeri Sabah, Jabatan Air Negeri Sabah akan sentiasa menyediakan bekalan air yang cukup sejajar dengan permintaan bekalan air semasa dengan membina kemudahan-kemudahan baru untuk meningkatkan kapasiti bekalan air, membekal serta memulihkan sistem bekalan air dan seterusnya memberikan perkhidmatan pengguna yang lebih efisien, peka kepada kehendak pengguna, telus dan bersikap professional berdasarkan visi JANS iaitu "Menjadi organisasi utiliti air yang cekap, sistematik dan berkualiti yang bertaraf dunia menjelang 2021". Pencapaian ke atas visi ini disokong oleh misi iaitu "Menyediakan perkhidmatan bekalan air yang berkualiti untuk kesejahteraan rakyat melalui pembangunan dan pengoperasian sistem bekalan air yang lestari secara efisien dan mesra pelanggan".

Di samping itu, bagi mengurangkan kadar air tidak berhasil (NRW), JANS pada masa ini sedang giat menguatkuasakan peraturan berdasarkan Enakmen Bekalan Air Sabah 2003 serta Peraturan-Peraturan Bekalan Air 1961. Jabatan Air Negeri Sabah juga tidak akan berkompromi dengan mana-mana pengguna/orang awam yang melanggar peraturan dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan perundangan jika didapati bersalah.

Semoga dengan adanya laman web ini para pengguna boleh melayarinya dan mendapatkan maklumat yang terkini mengenai Jabatan Air Negeri Sabah. Saya mengalu-alukan sebarang cadangan  serta pendapat, dengan menghantarnya melalui borang aduan yang terdapat dalam laman web Jabatan ini atau boleh membuat aduan terus melalui talian Careline kami di talian 088-326888. Semoga maklumbalas serta kerjasama anda akan membantu meningkatkan perkhidmatan Jabatan ini kepada masyarakat/pelanggan.

"Kami Utamakan Kualiti"

Sekian dan terima kasih.

Ir. Amarjit  Singh
Pengarah
Jabatan Air Negeri Sabah,
Malaysia