Kalendar Peristiwa

Oktober 2019

Is Se Ra Kh Ju Sa Ah
30
1
2
3
4
5
6
 
 
 
 
 
 
 
7
8
9
10
11
12
13
 
 
 
 
 
 
 
14
15
16
17
18
19
20
 
 
 
 
 
 
 
21
22
23
24
25
26
27
 
 
 
 
 
 
 
28
29
30
31
1
2
3
 
 
 
 
 
 
 
    • Today
    • JANS event
    • Public Holiday
  • NOTIS KECEMASAN GANGGUAN BEKALAN AIR DI SOOK

    Tarikh : 14 Oktober 2019 (Isnin) Tujuan : Penutupan Loji Rawatan Air Tulid Pinipi, Sook disebabkan kekeruhan NTU yang tinggi. Masa gangguan bekalan air : Sehingga kekeruhan NTU kembali normal. Bekalan air di beberapa kawasan akan mengambil masa 1 HINGGA 3 HARI untuk pulih sepenuhnya.

  • NOTIS KECEMASAN GANGGUAN BEKALAN AIR DI SANDAKAN

    Tarikh : 14 Oktober 2019 (Isnin) Kerja : Kerja-kerja kecemasan pembaikan paip utama pecah jenis AC berukuran 150 mm di simpang masuk Jalan Borehole, Batu 4, Sandakan. Masa gangguan bekalan air : 9.25 pagi sehingga kerja-kerja selesai. Bekalan air di beberapa kawasan akan mengambil masa 1 HINGGA 3 HARI untuk pulih sepenuhnya.

  • NOTIS KECEMASAN GANGGUAN BEKALAN AIR DI TUARAN

    Tarikh : 13 Oktober 2019 (Ahad) Penutupan : Penutupan sementara Loji Rawatan Air Telibong 1 disebabkan kekeruhan NTU yang tinggi. Masa gangguan bekalan air : Sehingga kekeruhan NTU kembali normal. Bekalan air di beberapa kawasan akan mengambil masa 1 HINGGA 3 HARI untuk pulih sepenuhnya.

  • NOTIS KECEMASAN GANGGUAN BEKALAN AIR DI BEAUFORT

    Tarikh : 13 Oktober 2019 (Ahad) Kerja : Kerja-kerja kecemasan di Loji Rawatan Air Beaufort 1, Beaufort disebabkan masalah teknikal. Masa gangguan bekalan air : Sehingga kerja-kerja selesai. Bekalan air di beberapa kawasan akan mengambil masa 1 HINGGA 3 HARI untuk pulih sepenuhnya.

  • SIJIL SIRIM ISO/IEC27001.2013 (JANS TELIBONG II)
  • SIJIL SIRIM ISO/IEC27001.2013 (JANS KK)
  • SIJIL SIRIM ISO/IEC27001.2013 (JANS ICT)
  • Sijil Penyertaan 'Information Security Management System (ISMS) Certification Scheme'
  • Pertandingan Laman Web Terbaik Negeri Sabah
Tidak ada tukang paip didaftarkan di dalam sistem buat masa ini.
Tidak ada produk didaftarkan di dalam sistem buat masa ini.

Maklumat Mengenai Meter Air

Cara Untuk Anda Menentukan Meter Air Berfungsi Atau Tidak ?

  • Langkah 1 : Rujuk kepada meter air. Perhatikan bacaan atau catatkan.
  • Langkah 2 : Buka pili air di dapur/pili air ke tangki (bekalan berterusan) dan biarkan air mengalir.
  • Langkah 3 : Perhatikan bacaan meter air (latar belakang merah) sama ada bergerak atau tidak

Perhatian: Meter air anda berfungsi jika terdapat peningkatan bacaan.

PERHATIAN:

  1. Anda bertanggungjawab menjaga meter air. Ia adalah milik Kerajaan Negeri Sabah. Jika meter air tersebut hilang, sila buat laporan polis dan bawa salinan laporan tersebut ke pejabat Jabatan Air.
  2. Anda boleh disabitkan kesalahan di bawah Enakmen Bekalan Air 2003 jika:
    1. mengalih atau mengubah suai meter air; sengaja atau cuai merosakkan meter air;
    2. mengubah indeks penyukatan air;
    3. menghalang meter air daripada merekod kuantiti air yang anda gunakan; dan
    4. mengambil air tanpa melalui meter air.
  3. Jika anda meragui bacaan meter air, anda boleh memohon untuk menguji meter air tersebut.
  4. Anda bertanggungjawab untuk memperbaiki sebarang kebocoran pada sistem perpaipan anda selepas meter air.

Bagaimana Meter Air Dibaca?

  1. Pembaca Meter sampai ke rumah pengguna.
  2. Bacaan meter air direkodkan dengan komputer mudah alih.
  3. Bil air dicetak dengan mesin pencetak.
  4. Bil diberikan kepada pengguna atau dimasukkan ke dalam peti surat atau diselitkan di bawah pintu depan rumah.

* Anda bertanggungjawab mendapatkan bil air anda di pejabat Jabatan Air sekiranya tidak menerima bil air selepas 3 bulan dari bil air terakhir anda mengikut Enakmen Bekalan Air 2003.

Tahukah Anda?

Meter air juga boleh digunakan untuk mengesan kebocoran sistem perpaipan di rumah atau premis anda.

Jalankan ujian ringkas di bawah:

  1. Pastikan tidak ada penggunaan air dengan menutup kesemua pili air dan injap air (termasuk injap ke tangki air).
  2. Ambil bacaan meter air (termasuk yang tecatat pada latar belakang warna merah).
  3. Hentikan penggunaan air selama sejam.
  4. Selepas tempoh sejam atau lebih, catatkan kembali bacaan meter air.

Perhatian

Jika terdapat perbezaan bacaan terdahulu dan terkini, terdapat kebocoran pada sistem perpaipan anda. Periksa dengan segera kerana kebocoran ini akan menyebabkan kerugian.