Kalendar Peristiwa

Oktober 2019

Is Se Ra Kh Ju Sa Ah
30
1
2
3
4
5
6
 
 
 
 
 
 
 
7
8
9
10
11
12
13
 
 
 
 
 
 
 
14
15
16
17
18
19
20
 
 
 
 
 
 
 
21
22
23
24
25
26
27
 
 
 
 
 
 
 
28
29
30
31
1
2
3
 
 
 
 
 
 
 
    • Today
    • JANS event
    • Public Holiday
  • NOTIS TERANCANG GANGGUAN BEKALAN AIR DI KENINGAU

    Tarikh : 21 – 22 Oktober 2019 (Isnin dan Selasa). Masa gangguan bekalan air : 08:00 pagi sehingga kerja pemindahan selesai. Kerja : Kerja-kerja pemindahan paip jenis MSCL berukuran 225 mm di Kg. Bunsit, Keningau yang terlibat dengan pembinaan Jalan Raya oleh pihak Jalan Kerja Raya (JKR). Untuk maklumat terkini, sila hubungi Careline di talian 088-326888 (24 Jam).

  • NOTIS KECEMASAN GANGGUAN BEKALAN AIR DI SIPITANG

    Tarikh : 18 Oktober 2019 (Jumaat). Masa gangguan bekalan air : Sehingga kerja pembaikan selesai. Kerja : Kerja-kerja kecemasan memberi laluan kepada kontraktor Pan Borneo untuk membaiki paip pecah jenis MSCL berukuran 8 inci di Kg. Pantai, Sipitang. Untuk maklumat terkini, sila hubungi Careline di talian 088-326888 (24 Jam).

  • NOTIS KECEMASAN GANGGUAN BEKALAN AIR DI KUDAT

    Tarikh : 18 Oktober 2019 (Jumaat). Masa gangguan bekalan air : Sehingga bekalan elektrik kembali normal. Tujuan : Penutupan sementara Rumah Pam SPA R11 di Kg. Timug, Kudat disebabkan gangguan bekalan elektrik. Untuk maklumat terkini, sila hubungi Careline di talian 088-326888 (24 Jam).

  • NOTIS KECEMASAN GANGGUAN BEKALAN AIR DI BEAUFORT

    Tarikh : 18 Oktober 2019 (Jumaat). Masa gangguan bekalan air : Sehingga kerja-kerja selesai. Kerja : Kerja-kerja kecemasan di Loji Rawatan Air Beaufort I disebabkan masalah teknikal. Untuk maklumat terkini, sila hubungi Careline di talian 088-326888 (24 Jam).

  • SIJIL SIRIM ISO/IEC27001.2013 (JANS TELIBONG II)
  • SIJIL SIRIM ISO/IEC27001.2013 (JANS KK)
  • SIJIL SIRIM ISO/IEC27001.2013 (JANS ICT)
  • Sijil Penyertaan 'Information Security Management System (ISMS) Certification Scheme'
  • Pertandingan Laman Web Terbaik Negeri Sabah
Tidak ada tukang paip didaftarkan di dalam sistem buat masa ini.
Tidak ada produk didaftarkan di dalam sistem buat masa ini.

Jimatkan air, pembaziran air merugikan anda

Cara-cara bijak menjimatkan air:

Tandas

  • Tutup paip air semasa memberus gigi dan gunakan segelas air untuk membersihkan mulut anda.
  • Tutup paip pancuran semasa menyabun badan.
  • Bersihkan tandas dengan menggunakan alat pengelap lantai dan sebaldi air. Elakkan menyimbah air.
  • Buat ujian kebocoran pada sistem tandas dengan meletakkan beberapa titik pewarna makanan ke dalam tangki tandas. Sekiranya pewarna tersebut kelihatan di dalam mangkuk tandas tanpa mengepam, ini bermakna terdapat kebocoran dalam sistem tandas anda yang perlu dibaiki dengn segera.
  • Pasang sistem tandas dwipam yang membolehkan pengepaman air separuh penuh sudah memadai untuk membuang kotoran.
  • Baiki semua kebocoran pada paip dan lengkapkan di tandas anda.

Dapur & Tempat Mendobi

  • Bersihkan sayur-sayuran dan buah-bauahan di dalam besen dan kitar semula air tersebut untuk menyiram tanaman anda.
  • Penuhkan mesin basuh dengan pakaian pada setiap cucian atau gunakan pemilih muatan untuk memadankan paras air dengan muatan kain anda.

Di Luar

  • Cuci kereta anda dengan menggunakan kain dan sebaldi air. Gunakan hos bermuncung yang boleh dikawal untuk membilas.
  • Gunakan penyapu untuk membersihkan jalan masuk ke rumah. Elakkan menyimbah air atau menggunakan hos air.
  • Gunakan hos bermuncung yang boleh dikawal atau penyiram untuk menyiram tanaman. Siramlah tanaman anda pada awal pagi atau lewat petang supaya air tidak tersejat oleh bahang sinaran matahari.
  • Pastikan sambungan hos adalah ketat untuk mengelakkan pembaziran air.
  • Kumpul air hujan dan gunakan untuk menyiram tanaman anda. Elakkan penggunaan air dari paip air.

Tahukah anda?

  • Air meliputi ¾ daripada permukaan bumi. Hampir 97% daripada air bumi adalah air masin dan tidak boleh diminum. 2% lagi tersimpan sebagai air segar dalam glasier, litupan ais dan banjaran gunung bersalji. Hanya 1% air sahaja daripada air bumi yang tersedia dan boleh dikitar semula untuk kegunaan domestik, perniagaan, pertanian dan awam.
  • 2/3 daripada berat tubuh badan manusia adalah air. Darah terdiri daripada 90% air dan otak manusia terdiri daripada 85% air.
  • Tubuh manusia boleh bertahan selama beberapa minggu tanpa makanan tetapi hanya beberapa hari sahaja tanpa air.
  • Minumlah sekurang-kurangnya 8 gelas (2 liter) air dalam sehari untuk mengekalkan kesihatan yang baik.