Kalendar Peristiwa

September 2019

Is Se Ra Kh Ju Sa Ah
26
27
28
29
30
31
1
 
 
 
 
 
 
 
2
3
4
5
6
7
8
 
 
 
 
 
 
 
9
10
11
12
13
14
15
 
 
 
 
 
 
 
16
17
18
19
20
21
22
 
 
 
 
 
 
 
23
24
25
26
27
28
29
 
 
 
 
 
 
 
30
1
2
3
4
5
6
 
 
 
 
 
 
 
    • Today
    • JANS event
    • Public Holiday
  • NOTIS KECEMASAN GANGGUAN BEKALAN AIR DI KUALA PENYU

    Tarikh : 15 September 2019 (Ahad) Masa gangguan bekalan air : 9:00 malam sehingga kerja pembaikan selesai. Pembaikan salurang paip jenis MSCL berukuran 250 mm di Jalan Paringan - Menumbok, Kuala Penyu. Untuk maklumat terkini, sila hubungi Careline di talian 088-326888 (24 Jam).

  • NOTIS KECEMASAN GANGGUAN BEKALAN AIR DI KALABAKAN

    Tarikh : 15 September 2019 (Ahad) Masa gangguan bekalan air : Sehingga paras air sungai kembali normal. Penutupan sementara Loji Rawatan Air Kg. Murut, Kalabakan disebabkan paras air sungai surut. Untuk maklumat terkini, sila hubungi Careline di talian 088-326888 (24 Jam).

  • NOTIS KECEMASAN GANGGUAN BEKALAN AIR DI TAWAU

    Tarikh : 15 September 2019 (Ahad) Masa gangguan bekalan air : 1:50 petang sehingga kerja pembaikan selesai. Pembaikan paip bocor jenis MSCL berukuran 10 inci di Jalan Apas depan kongsi JKR, Tawau. Untuk maklumat terkini, sila hubungi Careline di talian 088-326888 (24 Jam).

  • NOTIS KECEMASAN GANGGUAN BEKALAN AIR DI TAWAU

    Tarikh : 15 September 2019 (Ahad) Masa gangguan bekalan air : 10:45 pagi sehingga kerja pembaikan selesai. Pembaikan paip bocor jenis MSCL berukuran 6 inci di Megah Jaya Insudtri, Tawau. Untuk maklumat terkini, sila hubungi Careline di talian 088-326888 (24 Jam).

  • SIJIL SIRIM ISO/IEC27001.2013 (JANS TELIBONG II)
  • SIJIL SIRIM ISO/IEC27001.2013 (JANS KK)
  • SIJIL SIRIM ISO/IEC27001.2013 (JANS ICT)
  • Sijil Penyertaan 'Information Security Management System (ISMS) Certification Scheme'
  • Pertandingan Laman Web Terbaik Negeri Sabah
Tidak ada tukang paip didaftarkan di dalam sistem buat masa ini.
Tidak ada produk didaftarkan di dalam sistem buat masa ini.

Jimatkan air, pembaziran air merugikan anda

Cara-cara bijak menjimatkan air:

Tandas

  • Tutup paip air semasa memberus gigi dan gunakan segelas air untuk membersihkan mulut anda.
  • Tutup paip pancuran semasa menyabun badan.
  • Bersihkan tandas dengan menggunakan alat pengelap lantai dan sebaldi air. Elakkan menyimbah air.
  • Buat ujian kebocoran pada sistem tandas dengan meletakkan beberapa titik pewarna makanan ke dalam tangki tandas. Sekiranya pewarna tersebut kelihatan di dalam mangkuk tandas tanpa mengepam, ini bermakna terdapat kebocoran dalam sistem tandas anda yang perlu dibaiki dengn segera.
  • Pasang sistem tandas dwipam yang membolehkan pengepaman air separuh penuh sudah memadai untuk membuang kotoran.
  • Baiki semua kebocoran pada paip dan lengkapkan di tandas anda.

Dapur & Tempat Mendobi

  • Bersihkan sayur-sayuran dan buah-bauahan di dalam besen dan kitar semula air tersebut untuk menyiram tanaman anda.
  • Penuhkan mesin basuh dengan pakaian pada setiap cucian atau gunakan pemilih muatan untuk memadankan paras air dengan muatan kain anda.

Di Luar

  • Cuci kereta anda dengan menggunakan kain dan sebaldi air. Gunakan hos bermuncung yang boleh dikawal untuk membilas.
  • Gunakan penyapu untuk membersihkan jalan masuk ke rumah. Elakkan menyimbah air atau menggunakan hos air.
  • Gunakan hos bermuncung yang boleh dikawal atau penyiram untuk menyiram tanaman. Siramlah tanaman anda pada awal pagi atau lewat petang supaya air tidak tersejat oleh bahang sinaran matahari.
  • Pastikan sambungan hos adalah ketat untuk mengelakkan pembaziran air.
  • Kumpul air hujan dan gunakan untuk menyiram tanaman anda. Elakkan penggunaan air dari paip air.

Tahukah anda?

  • Air meliputi ¾ daripada permukaan bumi. Hampir 97% daripada air bumi adalah air masin dan tidak boleh diminum. 2% lagi tersimpan sebagai air segar dalam glasier, litupan ais dan banjaran gunung bersalji. Hanya 1% air sahaja daripada air bumi yang tersedia dan boleh dikitar semula untuk kegunaan domestik, perniagaan, pertanian dan awam.
  • 2/3 daripada berat tubuh badan manusia adalah air. Darah terdiri daripada 90% air dan otak manusia terdiri daripada 85% air.
  • Tubuh manusia boleh bertahan selama beberapa minggu tanpa makanan tetapi hanya beberapa hari sahaja tanpa air.
  • Minumlah sekurang-kurangnya 8 gelas (2 liter) air dalam sehari untuk mengekalkan kesihatan yang baik.