Kalendar Peristiwa

September 2019

Is Se Ra Kh Ju Sa Ah
26
27
28
29
30
31
1
 
 
 
 
 
 
 
2
3
4
5
6
7
8
 
 
 
 
 
 
 
9
10
11
12
13
14
15
 
 
 
 
 
 
 
16
17
18
19
20
21
22
 
 
 
 
 
 
 
23
24
25
26
27
28
29
 
 
 
 
 
 
 
30
1
2
3
4
5
6
 
 
 
 
 
 
 
    • Today
    • JANS event
    • Public Holiday
  • NOTIS KECEMASAN GANGGUAN BEKALAN AIR DI KUALA PENYU

    Tarikh : 15 September 2019 (Ahad) Masa gangguan bekalan air : 9:00 malam sehingga kerja pembaikan selesai. Pembaikan salurang paip jenis MSCL berukuran 250 mm di Jalan Paringan - Menumbok, Kuala Penyu. Untuk maklumat terkini, sila hubungi Careline di talian 088-326888 (24 Jam).

  • NOTIS KECEMASAN GANGGUAN BEKALAN AIR DI KALABAKAN

    Tarikh : 15 September 2019 (Ahad) Masa gangguan bekalan air : Sehingga paras air sungai kembali normal. Penutupan sementara Loji Rawatan Air Kg. Murut, Kalabakan disebabkan paras air sungai surut. Untuk maklumat terkini, sila hubungi Careline di talian 088-326888 (24 Jam).

  • NOTIS KECEMASAN GANGGUAN BEKALAN AIR DI TAWAU

    Tarikh : 15 September 2019 (Ahad) Masa gangguan bekalan air : 1:50 petang sehingga kerja pembaikan selesai. Pembaikan paip bocor jenis MSCL berukuran 10 inci di Jalan Apas depan kongsi JKR, Tawau. Untuk maklumat terkini, sila hubungi Careline di talian 088-326888 (24 Jam).

  • NOTIS KECEMASAN GANGGUAN BEKALAN AIR DI TAWAU

    Tarikh : 15 September 2019 (Ahad) Masa gangguan bekalan air : 10:45 pagi sehingga kerja pembaikan selesai. Pembaikan paip bocor jenis MSCL berukuran 6 inci di Megah Jaya Insudtri, Tawau. Untuk maklumat terkini, sila hubungi Careline di talian 088-326888 (24 Jam).

  • SIJIL SIRIM ISO/IEC27001.2013 (JANS TELIBONG II)
  • SIJIL SIRIM ISO/IEC27001.2013 (JANS KK)
  • SIJIL SIRIM ISO/IEC27001.2013 (JANS ICT)
  • Sijil Penyertaan 'Information Security Management System (ISMS) Certification Scheme'
  • Pertandingan Laman Web Terbaik Negeri Sabah
Tidak ada tukang paip didaftarkan di dalam sistem buat masa ini.
Tidak ada produk didaftarkan di dalam sistem buat masa ini.

Fungsi dan Tugas

FUNGSI DAN TUGAS PIHAK BERKUASA AIR NEGERI MENGIKUT ENAKMEN BEKALAN AIR 2003

  1. Pihak Berkuasa Air Negeri hendaklah mempunyai fungsi dan tugas untuk :-
    1. Mengurus pengeluaran dan pengagihan air, dan kutipan hasil;
    2. Mengawalselia dan mengawal pembekalan air;
    3. Memastikan kecekapan dan kualiti dalam pembekalan air;
    4. Menjalankan fungsi kawalseliaan sebagaimana yang ditetapkan di bawah Enakmen ini dan peraturan yang dibuat di bawahnya
    5. Menyiasat apa-apa kemalangan yang melibatkan apa-apa bahagian sistem bekalan air akibat daripada pengendalian dan penyelenggaraan apa-apa sistem bekalan air atau perkhidmatan bekalan air;
    6. Menghendaki Pihak Berkuasa Bekalan Air untuk melaksanakan apa-apa tanggungjawab yang dikenakan kepadanya oleh atau di bawah Enakmen ini atau apa-apa peraturan yang dibuat di bawahnya;
    7. Menetapkan suatu tata amalan bagi Pihak Berkuasa Bekalan Air;
    8. Mendakwa apa-apa kesalahan di bawah Enakmen ini;
    9. Mengeluarkan lesen;
    10. Mengkaji semula peraturan yang dibuat di bawah Enakmen ini dan untuk membuat syor kepada Menteri;
    11. Menjalankan segala aktiviti lain sebagaimana yang pada pendapat Pihak Berkuasa Air Negeri perlu dan bersampingan bagi maksud perjalanan atau berkaitan dengan pelaksanaan fungsi dan tugasnya di bawah Enakmen ini. 
  2. Sebagai tambahan kepada fungsi dan tugas yang diberikan kepada Pihak Berkuasa Bekalan Air Negeri oleh Enakmen ini atau peraturan yang dibuat di bawahnya, Pihak Berkuasa Air Negeri hendaklah mempunyai kawalan dan penyeliaan menyeluruh terhadap semua Pihak Berkuasa Bekalan Air dalam Negeri Sabah.