MENU UTAMA

PAUTAN

Sabah Net
Portal MyGov
Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah
Jabatan Perhutanan Sabah
MPIC
MTIB
Forest Plantation Sdn. Bhd

 

TAMAN ECO-FOREST
& PROGRAM TANAM DAN BAYAR

Pengenalan  : 

Taman Eco-Forest SAFODA telah dibangunkan sebagai langkah untuk mewujudkan satu taman hutan yang dipenuhi dengan jenis pokok tempatan secara berterusan dan berkekalan.

Taman Eco-Forest SAFODA telah diwujudkan pada 5hb Disember 2001.

Pengurusan taman ini dibiayai melalui sumbangan dari syarikat/individu dari negara Jepun dan juga melalui program "PAY and PLANT".

Taman Eco-Forest SAFODA meliputi kawasan 411ha di Kinarut, Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan SAFODA.

Objektif : 
Memberi peluang kepada pelawat/pelancong menyumbang kepada alam sekitar dengan menanam pokok di Taman Eco-Forest SAFODA.
Aktiviti  : 
  • taklimat mengenai Taman Eco-forest.
  • lawatan ke Taman Eco-forest.
  • sijil penyertaan.
  • minuman ringan.
  • papan tanda kenangan.
Harga   : 

RM130 seorang (tanpa makan tengah hari).

RM150 seorang (termasuk makan tengah hari).

Cara Bayaran   :  Melalui cek dibayar kepada :
LEMBAGA KEMAJUAN PERHUTANAN NEGERI SABAH.
atau Wang Tunai.
Cara Memohon   : 

Mengemukakan permohonan secara bertulis kepada  : 

Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan (SAFODA Kinarut),
Beg berkunci 122,
88899 Kota Kinabalu,
SABAH.

Telefon No :088—751268

 

Siapa yang boleh menyertai :

Mana-mana badan/agensi kerajaan atau NGO, sekolah atau IPTA atau individu.

Setiap program akan melibatkan 2 hingga 60 orang peserta untuk setiap aktiviti menanam.

Pihak penganjur akan menyediakan segala peralatan untuk menanam, pengangkutan ke tempat menanam, dan pokok yang akan ditanam.

Peserta perlu menyediakan pengangkutan sendiri ke Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan SAFODA, Kinarut.

Galeri Gambar Taman Eco-Forest SAFODA