IKLAN JAWATAN KOSONG

1 a) Jawatan : PEMANDU KENDERAAN GRED RA03
  b) Kementerian/Jabatan : Pejabat Perhubungan Negeri Sabah
c) Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
d) Klasifikasi : Perkhidmatan Mahir, Separuh Mahir & Tidak Mahir
2 Gred/Jadual Gaji : Gred RA03
 
P1T1 RM701.42 - P1T17 RM1354.86
P2T1 RM743.89 - P2T17 RM1423.41
P3T1 RM787.99 - P3T17 RM1493.59
3 a) Elaun : i) Imbuhan Tetap Khidmat Awam - RM95.00
ii) Imbuhan Tetap Perumahan - RM180.00
  b) Kemudahan : i) Cuti  Rehat (20 hari setahun)
  : ii) Faedah rawatan perubatan; (diri, isteri/suami, anak-anak dan ibu dan bapa)
  iii) Pinjaman Perumahan; dan
iv) Faedah Persaraan
4 Syarat Lantikan

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

    (a) Terdiri daripada warganegara Malaysia yang menetap di Lembah Klang;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) i)

Tamat Darjah 6 Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan; dan

ii)

Memiliki Lesen Memandu Kelas D/E/E2/F/G/H/I dimana yang berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [ Kecuali Lesen Memandu dalam Percubaan (P)];

ii)

Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan bermotor berkenaan yang diliputi oleh Skim Perkhidmatan ini.

        (Gaji permulaan  pada Gred R3 ialah:-
Lesen D P1T3 RM783.10
Lesen E/E1/E2 P1T4 RM823.94
Lesen F/H P1T5 RM864.78
Lesen G/I P1T6 RM905.62
iv) Berkobolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.
5 Taraf Jawatan Sementara
6 Tempoh Percubaan 1-3 Tahun
7 Pengesahan Dalam Perkhidmatan Pemandu Kenderaan Gred RA03 adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:
i) memenuhi tempoh percubaan;
ii) hadir dengan jayanya Kursus Induksi; dan
iii) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan
8 Kenaikan Pangkat Secara Lantikan

Pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pekerja Rendah Awam adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat ke jawatan Pemandu Kenderaan Gred RA03, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan; dan

i) mempunyai kelayakan di perenggan 1(c)(ii) dan (iii) di atas; dan
ii) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan