IKLAN JAWATAN KOSONG

1.

 

Pemohon-pemohon adalah diperlawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di Pejabat Perhubungan Negeri Sabah, Kuala Lumpur seperti berikut:

 
Bil Jawatan

Bilangan Kekosongan

 
1. PEKERJA AWAM, GRED RA01

1

 
** Syarat dan kelayakan pemohon
2. PEMANDU KENDERAAN, GRED RA03

2

 
** Syarat dan kelayakan pemohon
 
2. a) CARA MEMOHON
   

Permohonan hendaklah dibuat dalam borang SPA.1 Pindaan 1/98 yang boleh didapati secara percuma di alamat berikut:-

Pengarah
Pejabat Perhubungan Negeri Sabah
Tingkat 2, Wisma Dergahayu
No.26, Jalan Indah 23
Taman Cheras Indah
56100 KUALA LUMPUR
 
atau muat turun borang (Fail dalam format pdf, sila gunakan perisian Acrobat Reader)

 

b)

Pemohon-pemohon juga boleh mendapatkan borang SPA.1 Pindaan 1/98 melalui pos dengan menyertakan sampul surat berukuran 32 X 22 sm beralamat sendiri dan dilekatkan dengan setem RM2.00.

     
c)

Semua maklumat yang diisi dalam borang hendaklah ditulis dengan jelas dan terang dengan HURUF BESAR.

d)

Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran pasport, salinan kad pengenalan, salinan surat beranak, sijil-sijil keputusan peperiksaan dan tamat persekolahan.

e)

Pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan 17-Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Perlantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan 2005) dan pastikan Kenyataaan Perkhidmatan yang dikemaskini serta Laporan Nilai Prestasi yang terakhir dikepilkan.

 
f)

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat seperti diatas.

g)

Sila tuliskan nama jawatan yang dipohon di sudut kiri sebelah atas sampul surat dengan jelas dan terang.

3

Permohonan yang berikut akan DITOLAK

a)

Tidak menggunakan Borang SPA.1 Pindaan 1/98

b)

Tidak disertakan dengan dokumen yang diperlukan

c)

Tidak lengkap atau tidak terang;

d)

Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan;

e)

Tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi pegawai yang sedang berkhidmat; dan

f)

Tidak ditandatangani.

5.

Tarikh Tutup permohonan ialah 28 Ogos 2011