-
Apakah kelayakkan yang perlu bagi memohon kursus anjuran INSAN.
1. Anda mestilah kakitangan atau pegawai Awam Kerajaan Negeri Sabah.
2. Permohonan anda telah mendapat persetujuan dari Ketua Jabatan anda.
-
Apa jenis-jenis kursus yang saya layak ikuti?
Semua kursus ditawarkan oleh INSAN adalah berdasarkan gred jawatan. Bagaimana pun sehingga kini hanya kursus yang berkaitan ICT anjuran Pusat Pembangunan ICT INSAN sahaja yang menawarkan kursus bagi semua gred.
-
Dimanakah saya boleh mendapatkan maklumat mengenai kursus yang ditawarkan oleh INSAN?
Anda boleh mendapatkan maklumat kursus melalui laman web INSAN di alamat www.sabah.gov.my/insan .
-
Dimanakah saya boleh mendapatkan borang permohonan kursus anjuran INSAN?
Anda boleh mendapatkan borang kursus dengan datang ke Pejabat INSAN di Tingkat 8, Blok A, Wisma MUIS, Jalan Sembulan, Kota Kinabalu atau muat turun melalui laman web INSAN http://www.sabah.gov.my/insan/borang_kursus.htm .
-
Bilakah sepatutnya saya menghantar borang permohonan kursus anjuran INSAN?
Anda perlu menghantar borang permohonan berkursus di INSAN dua minggu sebelum kursus berjalan atau sebagaimana yang telah dimaklumkan melalui surat pekeliling yang diedarkan kepada ketua-ketua jabatan.
-
Adakah peserta dikenakan sebarang bayaran yuran kursus anjuran INSAN?
Tidak. Semua perbelanjaan kursus anjuran INSAN ditanggung oleh kerajaan.
-
Apakah keperluan yang disediakan oleh INSAN kepada peserta kursus?
INSAN akan menyediakan rehat minum pagi pada jam10.00 pagi hingga 10.30 pagi (30 minit) dan rehat sajian makan tengahari pada jam 1.00 petang hingga 2.00 petang (2jam).
Peserta juga akan diberi fail berserta buku aturcara, nota (hand-out) dan pencil.
-
Adakah pihak INSAN menyediakan tempat penginapan bagi peserta kursus?
Tidak. Walau bagaimanapun anda adalah layak untuk membuat tuntutan elaun lojing mengikut gred jawatan.
-
Adakah pihak INSAN menyediakan tempat penginapan bagi yang berkursus di Kampus Kepimpinan INSAN Pedalaman Keningau?
Ya, INSAN akan menyediakan bilik penginapan kepada peserta yang berkursus di kampus tersebut.
-
Apakah perlu saya lakukan jika saya terpaksa menarik diri dari berkursus atas sesuatu sebab setelah tawaran saya terima?
Anda hendaklah menulis surat rasmi kepada INSAN mengenai penolakan tersebut atau pun menghubungi terlebih dahulu pegawai penyelaras kursus atau setiausaha kursus yang berkenaan bagi memaklumi keadaan anda. Tindakan anda akan memberi peluang kepada kami menghubungi pemohon yang berminat.
-
Apakah nasihat Tuan kepada peserta yang berkursus di Kampus Ibu Pejabat INSAN di Wisma MUIS, Jalan Sembulan Kota Kinabalu?
Kepada peserta yang membawa kenderaan, anda dinasehatkan untuk meletakkan kereta anda di tempat letak kereta tidak berbayar di perkarangan Masjid Negeri Sabah.