Halaman Utama | Pautan Lain | Hubungi Kami     "Pengiktirafan HALAL adalah halal dimakan atau digunakan dari segi syarak"

Permohonan

Kriteria Halal

Bayaran Logo Halal

Bayaran Pemeriksaan

Jawatankuasa MGI

Pengesahan Produk Luar

Enakmen Jenayah Syariah





URUSETIA
JAWATANKUASA MGI

Unit MGI,
Bahagian Penyelidikan dan Sebaran Am JHEAINS,
Tingkat 3, 9, 10, Blok A Wisma MUIS, Kota Kinabalu.
Tel: 088-222435
Jawatankuasa
MGI Negeri Sabah


paparan terbaik
800 x 600

KRITERIA HALAL

Dapur dan Alat Penyimpan serta Penyediaan Makanan
  • Tidak bercampur penyimpanan bahan halal dan tidak halal di dalam tempat yang sama.
  • Tidak bercampur penyediaan makanan halal dan tidak halal di dalam dapur yang sama.
  • Tidak bercampur penggunaan alat penyediaan makanan halal dan tidak halal.
  • Dapur hendaklah bersih dan memenuhi kriteria bersih Pihak Berkuasa Tempatan/ Jabatan Kesihatan.
  • Persijilan halal bagi dapur hendaklah dinyatakan di tempat penghidangan (dewan jamuan).

Bahan Penyediaan Makanan dan Bahan Gunaan

  • Bahan yang menjadi ramuan makanan atau gunaan hendaklah terdiri dari bahan yang halal dan mempunyai logo pengeluaran Halal.
  • Bahan tidak terdiri dari binatang haram atau binatang yang tidak disembelih secara syarak.
  • Bahan tidak mengandungi benda najis atau haram dari segi syarak seperti arak, minyak babi atau lemak binatang yang tidak halal dimakan.
Dewan Jamuan
  • Tidak bercampur makanan atau minuman halal dan tidak halal di dewan jamuan.
  • Pinggan, mangkuk, cawan, sudu, garpu atau tempat menghidang makanan yang digunakan tidak bercampur dengan dewan jamuan tidak berlogo halal.
  • Persijilan halal bagi dewan jamuan hanya akan diberikan sekiranya kriteria halal dapur diluluskan.
Tukang Masak dan Pekerja
  • Tukang masak yang menyediakan makanan atau gunaan hendaklah sekurang-kurangnya seorang dari mereka beragama Islam.
  • Semasa penyediaan dan pemprosesan makanan atau penggunaan hendaklah diselia oleh orang Islam.
  • Pekerja bagi penyediaan makanan atau penggunaan hendaklah sekurang-kurangnya 1/3 daripada mereka beragama Islam.
Premis Penyembelihan
  • Premis penyembelihan hendaklah mematuhi kriteria Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak.
  • Premis penyembelihan hendaklah bersih dan mematuhi kriteria bersih Pihak Berkuasa Tempatan/ Jabatan Kesihatan.
  • Setiap premis hendaklah memasang papan tanda peringatan larangan membawa masuk binatang peliharaan.
Kriteria Haiwan
  • Haiwan yang disembelih hendaklah putus halkum(saluran pernafasan) dan urat marih (saluran makanan, minuman dan pendarahan).
  • Haiwan hendaklah masih hidup dalam keadaan biasa dan mati akibat penyembelihan.
  • Haiwan yang disembelih hendaklah sihat dan tidak berpenyakit.
Alat Penyembelihan
  • Alat penyembelihan hendaklah tajam.
  • Penyembelihan yang dibantu dengan cara Stunning hendaklah tidak mencedera, melemas atau mematikan haiwan.
  • Alat penyembelihan hendaklah dibersihkan selepas setiap kali penyembelihan dengan menggunakan air bersih.
Pegawai Pemeriksa Halal
  • Setiap premis penyembelih hendaklah menyediakan Pegawai Pemeriksa Halal bagi memastikan binatang disembelih mati disebabkan sembelihan.
  • Pegawai Pemeriksa Halal hendaklah beragama Islam.
Premis Penjualan Daging Halal
  • Premis penjualan ayam/ daging halal hendaklah tidak menjual selain dari ayam/ daging halal.
  • Tempat penyimpanan ayam/daging halal tidak bercampur dengan ayam/daging yang tidak hahal.
Premis Pembungkusan Semula
  • Bahan pembungkusan hendaklah dari bahan yang halal dan selamat untuk digunakan (dari segi kesihatan).
  • Produk yang dibungkus semula ini telah diberikan Sijil Halal oleh Jabatan Agama Islam Negeri atau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia atau agensi halal yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
  • Persekitaran tempat pembungkusan hendaklah bersih.


Logo Halal adalah pengiktirafan halal dimakan atau digunakan dari segi syarak kepada semua jenis makanan atau bahan gunaan yang disediakan dan dijual di premis makanan atau premis berkaitan


  Tajuk
Ketaatan Yang Dituntut Oleh Islam

Dari : Riwayat Al-Bukhari dan Muslim, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Tidak boleh taat kepada seseorang dalam melakukan maksiat kepada Allah. Sesungguhnya ketaatan itu dalam melakukan kebaikan.”


Kemaskini terakhir:
04 Ogos 2008

Urusetia Jawatankuasa MGI,,
Tingkat 2, 9, 10, Blok A, Wisma MUIS,
Beg Berkunci 103, 88737 Kota Kinabalu, Sabah
Tel: 088-222435, Faks: 088-248324